Panas tubuhnya.
meruntun hatiku
Panas dahinya...
mengalirkan air mataku
Kala aku pulang dan melihat tubuhnya layu dan lesu
Aku jadi buntu.
Aku renung matanya...
Aku lihat dadanya yang berombak pantas
Nafasnya tersekat-sekat
aku jadi kalut..
batuk-batuk yang mengganggu tidurnya
mencemaskan aku..
"Jangan risauuu demam biasa je ni..bukan H1N1", katanya
Kasihan suamiku...dalam sakit cuba melegakan perasaan aku yang terkejut sebaik melihatnya terbaring lesu dan tidak bermaya.
Semoga demamnya segera kebah dan kembali menemani hari-hariku..kerana dia adalah suami dan sahabat paling setia.
salam ziarah.......
ReplyDeleteTQ, dah nak sembuh dah...
ReplyDelete