
Tahun 1997 merupakan titik awal aku terlibat secara rasmi dalam dunia pendidikan... kelat sekali perasaan apabila mak bapak suruh posting kat kampung ...tapi mengenangkan 3 - 4 bulan awai2 mengajo 'comfirm' tak ade duik gaji maka relalah aku posting kat daerah sendiri..asal bukan sekolah sebelah rumah...takut terpiat telinga anak jiran....Tahun ini kira 14 tahun dah manjadi guru....anak murid dah ramai di luar sana...ada yang dah bekerja,..sedang menyambung pengajian ..malah sudah berkahwin...
Terkenang tahun pertama mengajar ..baru lagi rasanya..mengajar tahun 1...punyalah kalut kerana sepanjang praktikal aku mengajar murid tahun 5 dan 6. ..kena mengajar budak kecik...ada yang menangis ditinggalkan ibu...terberak dalam kelas...terkencing....hilang kasut..menangis hilang barang, tak boleh bukak tali pinggang..tak reti buka beg sekolah...jangan cakaplah... Tagline " Cikgu, dia buat saya"...hari-hari ada. Namua ..itulah keseronokkan sebenarnya apabila setelah 2 bulan mereka mula boleh membaca dan menyesuaikan diri ..dan aku sudah menjadi ibu bagi mereka di sekolah...malah aku seolah2 dapat melihat diriku sendiri...apabila segala leteran dan peraturan ku menjadi amalan pelajar...kadang2 aku melihat mereka berleter sebijik macam aku berleter kepada mereka...benarlah anak2 itu ibarat kain putih....kita yang mencorakkan mereka...Kepercayaan kanak2 kepada guru melebihi ibu bapanya...sehinggakan satu hari seorang ibu bapa meminta aku menasihati anaknya liat bangun pagi..." Tolonglah cikgu, dah tak larat saya. Setiap pagi mesti liat bangun pagi..bila lewat..menangis pula dia...Bukan sorang anak saya cikgu...minta tolong ya cikgu". Syukur selepas dinasihati melalui cerita2 teladan di bilik darjah...dia sudah berubah....berkesan jugak kot pendekatan aku sehinggakan 2 orang ibu bapa yang sudah 4 bulan menunggu anak yang menangis dari pagi sampai balik dibawah pokok disisi kelas memohon agar anak mereka dimasukkan ke kelas aku...kerana melihat anak2 mereka sering memandang ke arah darjah aku dari bawah pokok ...ah,...baru nak lega....dapat kes baru pula....namum sangkaanku meleset..kedua -dua pelajar..sangat positif apabila berada bersama pelajar kelasku... keduanya bukan pelajar yang mesti dibentak2...mereka perlu ditegur secara lembut dan mereka akhirnya berkembang dengan baik dan telah berada di IPTA sekarang...I Kreatif itulah buah tangan pertama aku...masih segar kenangan cikgu bersama kalian...syukur kalian jadi anak2 pintar dan beriman...itulah keseronokkan cikgu...melihat kalian menjadi manusia berguna, orang beriman...sepanjang hayat aku rindukan suara anak2 yang mangucapkan " Bangun, assalmualaikum, cikgu.."

Yang pasti menangani arus perdana pendidikan hari ini bukan seperti 14 tahun dulu...Guru Pembina Negara Bangsa perlu dimartabatkan dengan sebaiknya... envioment pendidikan perlukan perubahan...bukan sekadar bermatlamatkan A dalam peperiksaan tetapi ruang untuk guru mendekatkan diri kepada seluruh tahap pelajar sama sama ada yang lemah mahupun yang pandai..dalam suasana yang lebih santai dan tidak menekan.
Ibu bapa usahlah burukkan guru dihadapan anak2...ada kesannya kepada persepsi mereka terhadap guru di sekolah..."Apa ni...bodoh ke cikgu awak ni?" selalu kedengaran...jangan sumpah guru nanti tak berkat ilmu anak. Jangan hanya mencari salah guru..marilah bersama-sama para guru membina sahsiah dan intelek anak2 yang kian menjadi MANGSA . Guru-guru juga manusia biasa..tidak lepas berbuat salah..
Rakan-rakan guru kitalah pengerak kepada matlamat "Guru Pembina Negara Bangsa"..kita jualah yang berperanan menaikkan kembali martabat profesion keguruan sebagaimana Munshi Abdullah dan Za'aba..
Selamat Hari Guru dan terima kasih kepada para guruku..dulu dan kini..
*Alfatihah buat rakan-rakan guru dan bekas guru yang telah kembali ke rahmatullah. Al..fatihah.
How to gamble: Tips for gambling in New Jersey
ReplyDeleteHow to 서산 출장안마 gamble? We're going to give you a 보령 출장샵 guide for you when 당진 출장마사지 making money in New Jersey! 부천 출장샵 Read 속초 출장마사지 on to learn more!