Jauh di sudut hati...

Sesungguhnya kehidupan ini telah disusun oleh Allah SWT teramat indah..justeru segala sesuatu yang mendatangi kita dalam pahit dan manis adalah ujian yang akan mendekatkan kita kepada maha pencipta...Semoga kita berpanjangan dalam iman kepada Allah SWT. Amin

Saturday, May 23, 2009

Selangkah ke Alam Mistik

Dulu aku hanya tahu tentang "harimau jadian" dari filem Waris Jari Hantu dan kisah seram Siri Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis. Sejauh mana kebenarannya aku pun tak pasti. Sejak suamiku melibatkan diri dalam dunia perubatan islam (Darul Sifa') aku banyak terdedah tentang dunia mistik atau alam jin. Aku baca buku-bukunya, kadang-kadang aku turut serta melihat proses rawatan dijalankan. Menarik dan seram......................................macam tak percaya pun ada tapi itulah kebenarannya... Allah SWT maha berkuasa menciptakan jin dan manusia.
Aku ada seorang kawan, S... namanya . Dia memang terkenal "lemah semangat" . Jika pergi "champing" malam pertama or malam last sure dia kena rasuk atau pengsan... dah biasa..Satu hari aku cuba bertanya sejarah hidupnya kerana menurut suamiku biasanya orang begitu mungkin pernah melalui keadaan kritikal /sakit disihir pada masa dahulu sehingga rohani dan jasmaninya menjadi "lemah" . Beruntung sekali kerana dia tidak kedekut berkongsi cerita.. Dan daripada dialah aku mengetahui banyak tentang dunia mistik kerana dia merupakan seseorang yang diizinkan ALLAH SWT melihat alam Jin. Justeru itulah dia kerap terkejut, dirasuk dan pengsan. Menurutnya jin sebenarnya tahu apabila seseorang itu boleh melihatnya... dan wajahnya MASAALLAH....menakutkan. Pernah dia melihat jin yang ramai di kawasan pasar pagi (pekan sehari) dan tempat kesukaannya ialah kawasan kotor dan busuk - tempat menjual ikan, ayam dan daging. So, apabila keluar rumah dahulukan dangan doa mohon perlindungan daripada gangguan jin dan manusia yang berniat jahat. Kita tidak boleh menafikan kewujudan jin tambahan pula jumlah mereka sebenarnya sangattttttttttttt banyak berbanding kita.

Terbaru, suatu malam suami dikejutkan oleh panggilan telefon daripada suami S meminta suami ku datang ke rumahnya kerana keadaan S yang begitu lemah (sakit seluruh tubuh) dan ketakutan sejak 2 hari lalu... tepat jam 11 malam suami dan seorang lagi perawat Darul shifa' tiba ... menurut suaminya , S melihat harimau di dalam rumahnya.... dia ketakutan... malah paling mendebarkan apabila seisi rumah terkedu mendengar S mendengus2.. dan akhirnya mengaum seperti harimau!...mujur suaminya dan anak-anak tidak panik. Maka suami ku dipanggil untuk membantu...Semasa dirawat dengan ayat-ayat shifa' (penyembuhan) dari ayat2 alquraan, S bertindak balas seperti perlakuan Harimau dan akhirnya berjaya dilemahkan lalu pengsan keletihan..... S akhirnnya sedar dengan sendiri . Sebaik bangun dia terus meraba muka dan tubuhnya kerana berasa ditumbuhi bulu dan taring... setelah dirawat dan diminta mandi dengan air yang telah didoakan dia mula sedar sepenuhnya tetapi masih lemah....

(akan disambung....Dendam Ibu Saudara Waris Saka Harimau)

Bab 2

Keesokan harinya, ketika ditempat kerja aku dikejutkan oleh sapaan S. "Ingat tak datang?Dengar tak sihat, ya ke ? "
"Mailah duduk sat..nak cerita sikit" katanya. Aku dengan pantas menarik kerusi untuknya dan untuk ku sendiri. S memandang kiri dan kanan .Mungkin tidak selesa jika perkara ini diketahui oleh rakan-rakan yang lain.
"Dah seminggu kak tak sihat badan"
"Saya perasan jugak. Kak nanpak letih dan lesu je... Apa cerita sebenarnya?" Aku memancing cerita. Sebelum ini S pernah menceritakan latar belakang kesihatannya kepada aku. Jadi aku boleh agak perkaitan ceritanya nanti.
"Ingat tak kak pernah beritahu nak hadir majlis kawin sepupu di Negeri Sembilan?" Aku mengangguk perlahan.
"Nak jadi cerita bila semua saudara mara berkumpul dimajlis kenduri tu ..mak penakan (ibu saudara) kak pun ada sama. Kak dan keluarga memang tak mau jumpa depa sekeluarga tapi depa beiya-iya nak jumpa . Nak minta maaf atas perkara lama".
Aku biarkan dia terus bercerita.
"Kak cuba mengelak dari berjumpa dengan dia tapi ini mungkin takdir tuhan nak uji akak sekali lagi. Malam lebih kurang jam 10, mak penakan akak datang ke rumah tumpangan kak dengan anak-anaknya".
Aku bulatkan mata. S memandang kekiri dan kanan, nak pastikan orang lain tidak tumpang dengar perbualan kami.
Menurut S, ibu saudaranya menerpa dan memeluknya sambil menangis. Dia meminta maaf dari S dan keluarga kerana dialah orang yang pernah menyihir S bertahun lamanya sehingga S kurus kering. Akibat sihir itu, S sakit tenat. Terdapat banyak jarum di dalam badannya.. kadang-kala dapat dilihat oleh siapa sahaja jarum itu berjalan di bawah kulitnya dan kat kala itulah S akan meraung kesakitan dan adakalanya pengsan kerna tidak mampu menahan keperitan. S akhirnya mendapatkan rawatan daripada salah seorang perawat Darul Shifa' di Semenyih, Selangor. Hj Dollah namanya.. berbotol-botol jarum dikeluarkan dari badan S . Pernah S berak darah....keluar kaca dari duburnya... darah tidak berhenti-henti . S terpaksa menerima jahitan, akibat luka terkoyak diduburnya. Azabnya. Semasa sakit S kerap berpelakuan seperti harimau.. dan dalam keadaan sedar dia dapat merasakan ada harimau disekelilingnya. S kerap berada dalam stres dan ketakutan. Namun dalam keadaan yang sakit dan terpaksa bertongkat S berjaya juga menghabiskan pengajiannya di institusi perguruan di penang. Mujur para pensyarah amat memahami dan sudi membantunya dengan nota dan kelas tambahan kerana S kerap tidak hadir. Jika hadir pun dia mengharapkan rakan dan pengajar membantu pergerakannya. Setelah dua tahun sakit tenat, S beransur pulih. Dia dan keluarga kerap ke Semenyih untuk rawatan cara islam. S akhirnya pulih, tetapi semangatnya (aura) amat lemah. Dia tidak boleh terkejut dan stres kerana keadaan itu akan menyebabkan dia sakit dan lemah. S juga kadang-kadang di izinkan allah melihat alam jin sehingga kerap pengsan dan kerasukan . Begitulah S hingga kini. Cuma S sudah dapat mengawal ketakutan itu dengan peningkatan iman melalui amal zikir dan amalan doa. Setelah 15 tahun, S yang kini sudah berkeluarga kembali diganggu bayangan harimau. Aku sendiri pernah bertanya apakah status harimau tersebut kepada suami ku. Katanya harimau jadian adalah jin yang dipelihara atas tujuan tertentu secara warisan... dan amalan itu berdosa kerana boleh membawa kepada amalan syirik.
Sebenarnya keluarga aku sendiri pernah dikaitkan dengan harimau jadian..tapi dalam tahun-tahun 1950-60an...menurut keluarga ia diperoleh dari keturunanku yang berasal dari tanah Rawa atau Rao...sumatera. Syukur kerana moyangku sedar kesan amalan tersebut dan membuang ilmu tersebut dari keturunannya. Selamat.
Bebalik kepada kisah kawanku S, neneknya adalah pewaris ilmu harimau jadian.. semasa kecil S pernah melihatnya. Neneknya yang makin tua kemudian terlantar sakit berbulan-bulan sehingga keluar ulat sebesar ibu jari dari lubang di pinggangnya. Tubuhnya akhirnya menyusut kering dangan mulut ternganga dan mata terperosok ke dalam tulang mata.. tapi dia masih bernyawa dan makannya kuat sekali. Ketika itulah harimaunya mencari waris agar neneknya boleh "pergi". Menurut S, hanya anak perempuan layak menjadi waris harimau jadian dan S kebetulan anak perempuan tunggal yang amat layak mengantikan neneknya. Ibu dan bapa S amat melarang neneknya dari menyerahkan cincin permata kuning itu kepada S sebagai pengiktirafan pemilik harimau suruhan. Akibat keengganan itu, neneknya tidak boleh "pergi" dengan aman. Akhirnya, ibu saudara S yang dipanggil mak ngah membawa neneknya ke rumahnya di Perak. Selang dua hari, neneknya meninggal dunia. Nampaknya harimau jadain telah menemui tuan baru.
Mak ngah S amat berharap agar S menjadi "warisnya" kerana dia tidak ingin memberikan ilmu saka harimau ini kepada anak perempuan tunggalnya. Dia tidak sanggup anak perempuannya itu menerima azab ketika hendak mati nanti. Maka biarlah S menanggungnya sebagai balasan keengganan keluarga S menerima ilmu harimau jadian dari arwah neneknya dulu. Penolakan itu akhirnya membuahkan dendam yang teramat sangat diantara dua keluarga sementelah adik beradik S semua berjaya dalam pelajaran dan berjawatan tinggi. Keadaaan ini ditambah lagi oleh peristiwa penolakan keluarga S di atas usaha mak ngahnya untuk menyatukan keluarga dengan menyunting S sebagai menantu . Idea "lucu" itu di tolak mentah-mentah oleh S dan keluarga. Bukan kerana tak setaraf tapi S telah menganggap sepupu2nya bagai adik beradik sendiri. Tetapi tidak kepada mak ngah kerana ini satu "penghinaan" kepadanya. Itulah titik tolak perhubungan retak keluarga S dengan keluarga mak ngahnya yang penuh dendam kesumat.
Sejak 15 tahun hubungan yang retak. itu .. mak ngahnya muncul kembali lalu mencarinya di rumah tumpangan itu dengan tangisan, ratapan hiba agar S memaafkannya dan berharap S menerimanya kembali . Melihat keikhlasan itu, S yang berhati luhur membalas pelukan dan menerima mak ngahnya dengan hati yang ikhlas.
Akhirnya, majlis perkahwinan itu bukan sahaja menyatukan dua hati yang berkasih tetapi menyatukan juga hubungan keluarga yang telah retak bertahun lamanya. Walaupun ramai yang meragui tindakan mak ngahnya yang terkenal kuat berdengki di dalam kalangan keluarga, S dan keluarga cuba berfikiran positif.
Seminggu sejak pulang dari majlis perkahwinan di Seremban itu, S mula merasakan perubahan pada badannya.. dia mula sakit-sakit badan dan tidurnya diganggu oleh bayangan harimau yang merenungnya dengan garang. Dua tiga hari berikutnya S mula mendengar ngauman harimau di luar rumahya.. kemudian maghrib petang selasa itu melihat harimau kini dalam rumahnya dan S sudah naik histeria.....sehinggalah suamiku dan rakannya dipanggil membantu memulihkan S yang tadinya mengaum seperti harimau di hadapan suami dan anak-anaknya..jari tangan mengokot seperti harimau, mulut dibuka luas seolah -olah menunjukkan taring... dan anak-anak kini menjerit ketakutan. Mujur suaminya sudah biasa melihatnya kerasukan, pantas menghubungi suamiku.
Menurut S dalam perjumpaannya dengan aku pagi tadi , ibu saudara nya jelas tidak ikhlas dalam pemohonan maafnya. Dia masih berdendam dengan S dan keluarga.
"Hang terima mak ngah dak ? " yang diulang-ulang oleh mak ngahnya sebenarnya "terima" bersyarat . Balasan pelukan S dan menerima kemaafan mak ngahnya rupanya membawa erti dia menerima harimau jadian keturunannya secara tanpa sedar.
menurut S malam selepas S dirawat oleh suamiku dan rakannya, S bermimpi jelmaan harimau saka itu memarahinya,
" Hang bodoh..hang dah kata hang terima aku..awat hang bawak orang buat sakit aku.."
S pun tidak pasti apakah itu hanya sekadar mimpi ekoran psikologinya yang tertekan atau....
Apa yang pasti S kembali mendapatkan rawatan dari Hj Dollah yang pernah merawatnya 15 tahun dulu. S kini makin sihat. Aku sudah kerap mendengar dia ketawa seperti dulu. Tetapi kadang-kadang tatkala S keletihan kerana tugasan melayan anak-anak murid yang rencam karenahnya , aku melihat S mencungap-cungap seperti ......harimau yang keletihan dengan mata yang tajam dam muka yang kembang dan ini agak meresahkan aku ....
Kepada S, ini satu ujian tuhan.. marilah kita bersama-sama mempertingkatkan keimanan supaya kita tidak tersesat dari jalannya. Kepada yang membaca, mahu percaya atau tidak terpulangkah.. namun jin, syaitan dan iblis itu wujud di dalam kalangan manusia. Kita manusia dilarang bersahabat dengan mereka kerana ia akan mendatangkan syirik kepada Allah SWT. Dan tiada tempat disyurga bagi orang-orang yang menyekutukan Allah, melainkan ia bertaubat dengan taubat nasuha. SEKIAN.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda....