Rupanya nak keluar dari sek SBP punyalah banyak prosedur..sampai rakan aku masuk hospital ..migrin. tambahan pula anaknya kabur dari sekolah seminggu...sebelum sampai kepada pengetahuan rakan aku dan suaminya. Macam nak pitam dia..memikirkan...ke mana pula larinya anak lelakinya itu..dipendekkan cerita..dapatlah anak lelakinya bersekolah di sekolah yang harian yang baik di daerah kami. Malangnya pengetua sekolah yang bergelar "cik" telah menghina anak rakanku sebagai budak yang ada masalah dan mak bapaknya tak pandai mengajar anak.Apalagi...disepaknya meja pengetua tu..sampai nak pengsan orang tua terperanjat! Sudahnya baru lapor diri dah kena reject dari sekolah...
Maka siibu yang penyayang ini tambah rungsing..kerana nak mencari sekolah nan baru..tuk si anak..akhirnya dapatlah sekolah harian baru tapi sempat 2 minggu sahaja...tak serasi.!..lepas itu 2 bulan pula tidak bsersekolahnya..si anak ikut rakan-rakan yang telah habis sekolah...bekerja ..katanya tapi duit rokok minta kat emak lagi...pening...tu aku yang dengar..belum rakan aku dan suaminya lagi...
Rakan aku dan suami dah penat berkelahi dalam menentukan apakah langkah terbaik menghadapi anak bujangnya itu...akhirnya mereka berdua dapat darah tinggi.
Baru-baru ini anak bujangnya nak gitar elektrik..dibelinya..nak motor(padahal belum cukup umur untuk ambil lesen)..dibelinya..takut anak tak dengar katanya...aku sejujurnya tidak bersetuju dengan tindakan rakan baik ku itu...malangnya budak bertuah tu tetap tidak mahu ke sekolah..alahai.....terkini dia nak bersekolah di KL . Rakanku dan suaminya bertingkah lagi...si isteri mengikutkan kata anak..asal mahu sekolah..si suami pula bimbang kawalan ke atas anak semakin sukar....dah tiga minggu dia bersekolah di KL..tak tahu apa pula akan terjadi...aku doakan yang elok2 saja..kasihan sungguh dengan rakan baik aku itu..
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda....