Hari ini aku MC kerana diserang batuk dan selesema sejak Sabtu. Bukan H1N1. Banyak yang terbengkalai kerana 2 hari aku tidak sihat.. tidoq sahaja kerana kerap makan ubat batuk. Frust jugak bila fikir patutnya banyak assignment patut dah selesai 2 hari lepas. Tp fikirkan sakit itu pun satu anugerah Allah maka aku terima sahaja dengan redha sementelah pula aku memang penat sejak cuti sekolah lalu dengan tour ke Melaka, KL dan Kelantan. Jadi, aku dan dapat cukupkan jumlah hutang tidur aku yang dulu-dulu. Kira lunaslah.
Sambil rehat2 pagi isnin aku dikejutkan oleh call hsbnd. yang memberi tahu dia hampir terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori yang tiba2 pecah tayar hadapannya dari arah bertentangan dalam perjalanan membayar bil-bil di CIMB bank dan TM. Katanya, Lori itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan. Suamiku yang tidak dapat berbuat apa2 kerana pantasnya kejadian, hanya menunggu dilanggar sahaja sambil mengucapkan "innalillah......" dan mengucap kalimah sahadah sahaja. Itu yang termampu saat itu. Besarnya kuasa tuhan tiba-tiba lori tersebut kembali ke laluannya dan suamiku yang menunggu saat trajedi diselamatkan oleh ALLAH SWT dan hanya kesyukuran dapat kami luahkan. Sesungguhnya mungkin ada hikmah disebalik sesuatu peristiwa. Semoga peristiwa ini dapat merapat lagi hubungan diantara manusia dan penciptanya. Bacalah doa ketika hendak keluar dari rumah untuk menghindar kejadian tidak diingini- insyaalah selamat. Walaupun berpantang maut sebelum ajal...kepada suamiku yang gemar menggunakan HP dan sms ketika memandu ini adalah satu peringatan terbaik buatnya agar berhenti dari tabiat berbahaya itu.
Alhamdullillah!Nasib tak apa2...tunggu gak ari ahad lepas,dgr kata nak dtg area sini.
ReplyDeletemaaflah, sebelum pergi dia ingat.. sampai je kuantan tak ingat pulak nak singgah mega ria.. patutlah dia rasa ada yang tak kena.. ari tu..
ReplyDelete