Jauh di sudut hati...

Sesungguhnya kehidupan ini telah disusun oleh Allah SWT teramat indah..justeru segala sesuatu yang mendatangi kita dalam pahit dan manis adalah ujian yang akan mendekatkan kita kepada maha pencipta...Semoga kita berpanjangan dalam iman kepada Allah SWT. Amin

Friday, May 29, 2009

Alahai...lelaki...

Tahniah yang pedih!

Sudah setahun suamiku merahsiakan perkara ini dari ku. Jika aku tidak menyebut nama rakan baiknya yang kami panggil "adik besar" sudah tentu aku tidak tahu siapa yang "tidur disisinya kini" .
Rupa-rupanya dia sudah bercerai dengan isterinya yang ku kenal dulu dengan nama Ju. Dia dimataku seorang wanita lemah - lembut dan pendiam. Kata suamiku mereka berpisah secara aman. Isunya "ANAK".
Bukan isterinya tidak pernah hamil.. malah puluhan kali tetapi gugur... "si suami yang yakin tidak mandul " amat inginkan keturunan.. isteri mana yang tidak rasa bersalah.. dalam situasi begini. Lambat laun isteri jauh hati dek kerana seringnya suami menyatakan sedih dan ralatnaya selama 12 tahun kawin tapi belum bercahaya mata ! Langkah terbaik isteri meminta jalan berpisah kerana dia juga tidak cukup tabah untuk menerima wanita lain sebagai madu! Ikan di laut, asam di darat dalam belanga bertemu juga-
Si suami akhirnya bertemu jodoh kembali dengan rakan sekolah yang baru berstatus janda dengan 2 anak. Si janda anak 2 pun dikahwini dan dapatlah dia seorang anak lelaki dari perkahwinan baru itu ..puaslah hati. Bekas isteri masih sendiri kerana amat "sedar" keterbatasan diri. Buat adik besar , Tahniahlah kerana doa siang malam mendapat zuriat termakhbul walaupun dengan wanita tidak terbayang sebelum ini. Buat ju, Tahniah kerana keberanian,ketabahan dan kecekalanmu memilih jalan ini. Semoga bertemu bahagia di dunia dan akhirat.

Cerita 2

Rakanku ini ku panggil kak ros. Kak ros dan suami sudah 17 tahun berkahwin. Puas mereka berubat, akhirnya terbukti suaminya MANDUL. Kak ros tidak berhajat bercerai kerana cintakan suami. Mereka akhirnya mengambil anak angkat . Mereka bahagia .

Seorang lagi rakan ku namanya Ila, dia telah berkahwin selama 7 tahun.. setelah melalui rutin ke hospital yang kekadang mengaibkannya... doktor membuktikan suaminya MANDUL jugak! Dia pula teramat normal. Seperti kak ros, ila pasrah dengan takdir. Dia sayangkan suaminya kerana bercinta dari zaman persekolahan. Mereka juga mengambil anak angkat. Mereka nampak bahagia.

Lagi.. Nina teman sekolejku, telah 6 tahun berkahwin. Sekali pun tidak pernah dia mengandung atau keguguran melainkan period je.. Mak mertua punyalah angin kerana nina dikatakan MANDUL... Di nasihatkan anak jantannya "cari isteri baru" takut tidak berketurunan.... Nina dah makin jarang berhari raya di kampung suami...sakit hati dan telinga dengan karenah emak mertua.. suaminya diam sahaja, malah tak kisah jika nina liat pulang ke kampungnya kerana rasa dia rasa bersalah apa bila doktor mengesahkan dia sebenarnya MANDUL JUGAKKKK... Kasihan si Nina, kak Ros dan Ila kerana mereka wanita yang baik dan sabar...tidak pula mereka minta cerai kerana nak kan zuriatttt...

Alahai.. lelaki jika wanitalah yang MANDUL ... bermadu atau berpisahlah pilihannya !

Itu bukan kehendak kami.. tapi kami redha dan yakin dengan janji Allah ...

Aku bersyukur kerana suamiku amat memahami, malah dia juga amat positif atas keadaan kami yang masih belum dikurniakan zuriat.
Sesekali tidak pernah dia menyalahkan aku kerana dia yakin Allah sentiasa memberikan apa yang paling baik bagi hambanya. Terima Kasih suamiku. Semoga jodoh dan kebahagiaan kami berkekalan dalam usia perkahwinan menjelang 10 tahun.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda....