Jauh di sudut hati...

Sesungguhnya kehidupan ini telah disusun oleh Allah SWT teramat indah..justeru segala sesuatu yang mendatangi kita dalam pahit dan manis adalah ujian yang akan mendekatkan kita kepada maha pencipta...Semoga kita berpanjangan dalam iman kepada Allah SWT. Amin

Thursday, July 30, 2009

Hari Bodoh Sedunia kot!


Ni kategori hal-hal OMG gak ni........................................



Bush: U baca perenggan berapa? tak sama dgan buku i ni..




Presiden kencing berdiri, rakyat kencing belariiii.






Mari kita nilaikan... harap Pemimpin dan polis kita tak buatlah perkara buduhh macam ni...







Bush: Now i saw.. very clear, right!
Soldier 1: Nasib nampak, siapa tak nampak... dia anakkk hara.......
soldier 2: Aish... i nampakk... tu dia Osama bin Ladin tengah basuh serban.. dia... aik dia menari2 pulakkkk....






Bodoh ke aku ?


Semalam aku gi bank, tiba2 seorang wanita tua bangsa india datang kat aku, "adikkkk... (goyang2 kepala sekali) saya mau balik sana batu malim..

"naik bas lah aci"

"tapi wang tak adala..aci .(aik aku pun aci jugak!)

Saya tadi pagi.. sudah mari sini... belakang anak ta da datang ambikkk..."

"Apa saya boleh tolong", tanya aku nak pendekk kan drama tamil tu.

"Sikit bas punya wang kasi la..."

Memandangkan aku ada duit kecik RM 10 je, aku pun unjuk je le...(tak kan nak mintak dia pulang kan baki) . Jika tak tolong karang orang kata aku perkauman pulakkkk... gagal kang konsep i malaysia kerajaan baru Dtk Najib!

Tergamam aci tu... macam nampak dewa lalu!

"Tuhan Allah.. banyak sayang sama aci.." Dipeluk2 aku. Malu beso pulak aku .

"Tak ada lah... lebih aci simpan saja" kata aku terharu.


Aku tinggalkan aci yang macam menang loteri tu. Aku hidupkan kerata lalu membuat u turn untuk balik ke rumah.


"Subhanallah!" Giliran aku pulak terbeliak mata.

Aci tadi sedang merayu2 pada seorang wanita muda india (sebijik macam tadi) dengan kepala bergoyang2... drama tamil part 15 utk hari tu kot..


Jelas dimata aku wanita muda itu menghulurkan RM 2. Terkena aku!

Tak sangka dah jadi satu bisnes rupanya taktik aci tu.. sebab kat lokasi lain ada aci lain yang buat lakonan yang sama kata kerani sekolah aku yang turut terkena tapi tidak lah sebodoh aku.

Manusia hari ini MATERIALISTIK + HIPOKRIT. Aku tak kisah pasal RM 10 tu tapi keuntungan atas perihal menipu tu yang buat aku bengang..dan nilai-nilai etika masyarakat mula menunjukkan kehancuran.



Tuesday, July 28, 2009

OMG



Tak taulah nak marah atau nak gelak bila kawan aku hantar gambar nii...............







LARA SEORANG MAHASISPURBA

Sejak dua masuk tahun kedua belajor semule ni aku bukan makan pandaiiii tapi makin ke uzurrr lah pulakkk. Kurang kalsium lah... darah tinggilah... dugaaannnn .

Baru-baru ni kawan sekerja menegur pasai bebola mata kiri macam tk fokus jeee...awat pulak kata aku...macam nak juling je..gayanya. Tak ke panik aku!

memang pun sejak menyelesaikan assignment sem. baru2 ni aku memang perasan asai lah mata aku pedih, kabur, tak boleh fokus dan sewaktu dengannya. Nak baca buku pun blur je tulisan ... tension weh.. exam dah dekat.

semalam dek kerana rimas dengan kekaburan itu, aku pun pandir2 gi check mata aku kat kedai cermin mata-free je, tu yg pegi tu...resultnya melayanglah duit aku... dah berkurangggg nikmat kesihatan. redha jelah... itulah akibatnya jika asyik ngadap laptop...sampai tak tidur 3 hari buat assignmt. Itulah sebab mata aku jd rosak. Kepada yang membaca entri ini.. jg selak sangat dpn komputer... sok rabun kitee...pakai sunglasses pun ok.

Tak sedor diri aku ni, bukan muda lagi dah ... dulu2 tak tido 3/4 hari tu tak apa2... la ni jadi masalah pulak... darah tinggi pulak sampai 190/115 doktor pun terkujat asal ni... "I x tidor 3 hari doktor, buat assignmt! " .
"U mau stroke ke ... ?Katanya jika tak ubah cara bekerja dan pengurusan stress boleh stroke. Woooo ngeri aku .

Inilah rupanya yang aku terpaksa bayar apabila nyambung belajar diusia 37 tahun...kata suami ku MAHASISPURBA.

Saturday, July 25, 2009

Menunggu Hadir Ramadhan

Pejam celik..pejam celik ramadhan dah nak tiba. Puasa tahun lepas belum habis ganti lagi...
Apa-apa pun memang tak sabar menunggu ramadhan. Sejak aku mula faham erti bulan puasa aku memang seronok sampailah ke laaa... mula2 aku seronok pasai hantu kena ikat ... pas tu syok pasai makanan macam pesta! pastu seronok nak solat tarawih... la ni dah tua bangka seronok nak beribadahlah pulak...tapi siapa tahu sampaikah usia kita kepada ramadhan kali ini atau ramadhan kali ini adalah terakhir buat kita...? Tuhan... berilah aku dan saudara2 ku menikmati keberkatan ramadhan kali dan ..... hanya tuhan tahu mana yang terbaik buat umatnya. SELAMAT DATANG WAHAI BULAN RAMADHAN.

Saturday, July 4, 2009

Beku...dan ....Lesu

Minggu ni aku sibuk bebenoooo........ makkkk.....3 assignment nak diantar. Sekolah pulak sibuk bebenoooo....ishhhh . Masa nilah aku sakit2.. selesema, sakit kepala,sakit terbaru sakit tulang... kedua tulang tangan aku sakit sampai aku menangis2. Tuhan saja yang tahu sakitnya. Sibuk sangat jadi aku belum sempat ke doktor.. kurang kalsium atau reput tulang....
Rasa macam nak sekat je jarum jam .. biar lambat bergerak.. suami aku suruh aku tukar bateri jam dengan bateri yg dah weak ... munasabah jugakk... Ideaaaaa...ideaaaaa
Apasalah sem. ni otak aku beku sangat...penat kot ... Ya ALLAH... sesungguhnya aku insaf idea dan akal itu milikMu...campakkanlah sedikit idea dan fikiran itu kepadaku agar bisa aku tamatkan "KEBEKUAN" ini. Amin.