Jauh di sudut hati...

Sesungguhnya kehidupan ini telah disusun oleh Allah SWT teramat indah..justeru segala sesuatu yang mendatangi kita dalam pahit dan manis adalah ujian yang akan mendekatkan kita kepada maha pencipta...Semoga kita berpanjangan dalam iman kepada Allah SWT. Amin

Thursday, January 6, 2011

Indahnya Pabila Hujan...

Awal persekolahan 2011 disambut oleh hujan saban hari...aku memang seronok dan teruja jika hujan turun sepanjang hari...aku suka apabila berjalan dalam gerimis yang panjang tanpa payung...basah sedikit...biarlah...hujan selalu membawa aku kepada kenangan-kenangan zaman persekolahan....hujan bukan sahaja membuatkan aku lapar yang panjang...malah...kadang kala menjadi begitu tenang dan aman di dalam selimut....Sesekali apabila tempias mengenai muka...sengaja aku biarkan....segar sekali....
Indahnya perasaan melihat hujan yang menitis ke atas daun...air tempayan yang melimpah2...ayam yang kesejukkan di bawah tangga ...kanak-kanak di varenda berpeluk tubuh menahan kesejukkan...gelisah kerana tidak dapat berlasak di tanah...gerimis bertukar lebat...
Anehnya pada musim hujan ayahku tetap ke kebun getahnya...tidak dapat menoreh tidak mengapa..asalkan dapat melihat batang2 getah segar menadah hujan...kami sama-sama ada kegilaan..terhadap alam ciptaan tuhan...kerana melihat hujan yang turun kami dapat melihat kebesaran ilahi dan menginsafkan diri .

Alahai Cheong!

Dia berumur 10 tahun. Namun tidak tidak selincah kanak-kanak biasa. Akalnya masih seperti anak-anak 6 tahun. Cheong adalah namanya. Dia muridku. Tahun ini aku adalah guru darjahnya. Cheong lucu sekali..matanya amat sepet dan mudah menangis...hari-hari disakat guru....maka bertali-talilah hingusnya ...hingga tus ke atas meja. Kanak-kanak ini tidak boleh bercakap..melainkan bunyi..haaa...haaa...mama...dan hii..hiii.....dia tidak pekak seperti muridku yang lain...lucunya dia boleh faham arahan dalam banyak bahasa......Inggeris..bahasa Melayu,..bahasa ibundanya sediri malah lorat Melayu kelantan turut difahami....
Kadang2 apabila kami sedang bergossip, Cheong leka mendengar..."Cheong, faham ke ?" dia akan mengangguk sambil tersenyum...aduhaiii......
 Cheong adalah penyimpan rahsia besar dalam kalangan kami....andainya Cheong mampu berkata-kata...matilah kami! Ha...ha...

Wednesday, January 5, 2011

Hidupku milik Allah.

       Pada usia yang sudah menghampiri 39 tahun  ini aku mula berasa amat sunyi...walaupun berada dalam keriuhan ...aku amat sunyi dan rasa amat kecil.. mujur kesibukan membuatkan aku terlupa pada kekurangan yang ada.

Sejak kebelakangan ini aku mula berat langkah untuk hadir ke majlis-majlis keramaian....sedih, sayu dan segan bila ada yang bertanya..."berdua saja? Anak2 tidak ikut sama?"..tiga empat tahun dulu..bolehlah kata...belum ada rezeki..tapi ni dah masuk 12 tahun...senyum kelat jelahh...

Melihat rakan-rakan berbual tentang karenah anak2...membuatkan aku berjauh hati...dan sedar diri....sehebat manapun aku....aku masih kekurangan....dan mereka amat hebat .. beruntung dikurniakan nikmat mengandung, melahirkan, mendidik anak dan ...merasai pahit dan manis berhadapan karenah anak-anak...

Terus terang pada usia menghampiri 39 ini aku tidak lagi berharap keajaiban untuk untuk memperolehi zuriat sendiri...faktor kesihatan terutamanya...lantas aku pujuk hatiku...menerima ketentuan illahi...sebaiknya...
mungkin itu lebih baik buat kami berdua.. Ramai yang mencadangkan agar mengambil anak angkat...namun hati masih berat....entah mengapa...mungkin telah mula selesa hidup berdua...entahlah....bila mengenangkan hari tua..sakit pening...siapa yang menjaga...sedihnya hati....sedangkan yang berbelas anak tidak boleh menjaga seorang ibu yang uzur...inikan pula aku yang tidak seorang pun anak....aku pujuk hati...akal manusia terbatas...rezeki seseorang tidak dapat kita ramalkan...maka berbuat baiklah kepada semua...moga Allah SWT mudahkan laluan kehidupan kami berdua...

Kekuatan ku adalah suami ...dia pasrah jika beginilah takdir hidup kami...kasih sayangnya tetap tidak berubah walaupun aku bukan wanita sempurna yang dapat melahirkan zuriatnya. Mengambil anak angkat atau tidak..terpulang kepadaku..Namun jauh di sudut hati aku tahu ...dia juga sedih......sunyi... ..rendah diri
seperti aku ! Namun aku tidak sesekali sanggup menawarkan suamiku ...akan hidup POLIGAMI...bukan menolak sunnah..atau payung emas di syurga....tapi aku tidak cukup kuat menghadapinya...zalim atau egokah aku?.....

Semoga pada hari-hari tua.....kami tidak dipinggirkan saudara mara...semoga kami sihat untuk menjaga satu sama lain atau biarlah Allah menjemput sebelum kami sempat menyusahkan orang lain.