Jauh di sudut hati...

Sesungguhnya kehidupan ini telah disusun oleh Allah SWT teramat indah..justeru segala sesuatu yang mendatangi kita dalam pahit dan manis adalah ujian yang akan mendekatkan kita kepada maha pencipta...Semoga kita berpanjangan dalam iman kepada Allah SWT. Amin

Monday, May 24, 2010

Pantun jiwa

Tahun berganti bertambah usia
Kulit berkedut menjadi bukti,
Payah meneka hati manusia:
Lain dimulut, lain dihati

Dari Siak ke Inderagiri,
Singgah berehat di tepi gua,
Kawan bersuka mudah dicari;
Kawan bersusah jarang bersua


Mudah sungguh menabur janji,
Janji ditabur manis bersari,
Ringan sungguh  mulut mengeji,
Hingga terlupa mengukur diri.

Orang Demak berlayar ke Pekan,
Disambut mesra, baik dan ramah,
Dengki mendengki mari jauhkan,
Mantapkan silatulrahim membina ummah

(dedikasi kepada rakan-rakan sekerja)


Tengah malam pasang pelita,
Pelita dibakar tidak bersumbu,
Teratak Pak Akob mencatat cerita:
Kisah aku, dia dan kamu.


Cantik sungguh wajah sang ratu,
Harum baunya bagaikan melati;
Terpisah kita beribu batu:
Jauh dimata dekat dihati,

Kain batik si kain baldu,
Disimpan orang di tepi gua,
Jauh-jauh berkirim rindu,
Entah bila dapat bersua

Lebat sungguh buahnya nangka,
Ditanam orang di tepi laman;
Kenangan kita suka dan duka:
Terpahat dihati sepanjang zaman.

(dedikasi kepada rakan-rakan seperguruan IPG Kampus Melaka)

Sunday, May 23, 2010

Panas tubuhnya.
meruntun hatiku
Panas dahinya...
mengalirkan air mataku
Kala aku pulang dan melihat tubuhnya layu dan lesu
Aku jadi buntu.
Aku renung matanya...
Aku lihat dadanya yang berombak pantas
Nafasnya tersekat-sekat 
aku jadi kalut..
batuk-batuk yang mengganggu tidurnya 
mencemaskan aku..
"Jangan risauuu demam biasa je ni..bukan H1N1", katanya
Kasihan suamiku...dalam sakit cuba melegakan perasaan aku yang terkejut  sebaik melihatnya terbaring lesu dan tidak bermaya.
Semoga demamnya segera kebah dan kembali menemani hari-hariku..kerana dia adalah suami dan sahabat paling setia.

Sunday, May 16, 2010

Bangun, Assalamualaikummmmmm, Cikgu....

Go to fullsize image
  Tahun 1997 merupakan titik awal aku terlibat secara rasmi dalam dunia pendidikan... kelat sekali perasaan apabila mak bapak suruh posting kat kampung ...tapi mengenangkan 3 - 4 bulan awai2 mengajo 'comfirm' tak ade duik gaji maka relalah aku posting kat daerah sendiri..asal bukan sekolah sebelah rumah...takut terpiat telinga anak jiran....Tahun ini kira 14 tahun dah manjadi guru....anak murid dah ramai di luar sana...ada yang dah bekerja,..sedang menyambung pengajian ..malah sudah berkahwin...
Terkenang tahun pertama mengajar ..baru lagi rasanya..mengajar tahun 1...punyalah kalut kerana sepanjang praktikal aku mengajar murid tahun 5 dan 6. ..kena mengajar budak kecik...ada yang menangis ditinggalkan ibu...terberak dalam kelas...terkencing....hilang kasut..menangis hilang barang, tak boleh bukak tali pinggang..tak reti buka beg sekolah...jangan cakaplah... Tagline " Cikgu, dia buat saya"...hari-hari ada. Namua ..itulah keseronokkan sebenarnya apabila setelah 2 bulan mereka mula boleh membaca dan menyesuaikan diri ..dan aku sudah menjadi ibu bagi mereka di sekolah...malah aku seolah2 dapat melihat diriku sendiri...apabila segala leteran dan peraturan ku menjadi amalan pelajar...kadang2 aku melihat mereka berleter sebijik macam aku berleter kepada mereka...benarlah anak2 itu ibarat kain putih....kita yang mencorakkan mereka...Kepercayaan kanak2 kepada guru melebihi ibu bapanya...sehinggakan satu hari seorang ibu bapa meminta aku menasihati anaknya liat bangun pagi..." Tolonglah cikgu, dah tak larat saya. Setiap pagi mesti liat bangun pagi..bila lewat..menangis pula dia...Bukan sorang anak saya cikgu...minta tolong ya cikgu". Syukur selepas dinasihati melalui cerita2 teladan di bilik darjah...dia sudah berubah....berkesan jugak kot pendekatan aku sehinggakan 2 orang ibu bapa yang sudah 4 bulan menunggu anak yang menangis dari pagi sampai balik dibawah pokok disisi kelas memohon agar anak mereka dimasukkan ke kelas aku...kerana melihat anak2 mereka sering memandang ke arah darjah aku dari bawah pokok ...ah,...baru nak lega....dapat kes baru pula....namum sangkaanku meleset..kedua -dua pelajar..sangat positif apabila berada bersama pelajar kelasku... keduanya bukan pelajar yang mesti dibentak2...mereka perlu ditegur secara lembut dan mereka akhirnya berkembang dengan baik dan telah berada di IPTA sekarang...I Kreatif itulah buah tangan pertama aku...masih segar kenangan cikgu bersama kalian...syukur kalian jadi anak2 pintar dan beriman...itulah keseronokkan cikgu...melihat kalian menjadi manusia berguna, orang beriman...sepanjang hayat aku rindukan suara anak2 yang mangucapkan  " Bangun, assalmualaikum, cikgu.."
View ImageHari ini perasaan dan keseronokkan mengajar kohor hilang...mengajar hanya punca ekonomi. Tiap bulan dapat gaji...masuk kelas sampaikan isi buku...esok pun sama..lusa dan tulat punnn ...sama . Siapa nak belajar..jadi pandai dengar...yang malas..tutup telinga...nak denda2 bukan relevan . Sepatah kata guru..10 patah kata pelajar  ...Sudah banyak sangat yang tidak boleh daripada yang boleh.....
Sudah bosan kah aku? Di mana puncanya..Sistem pendidikan hari ini yang caca merba ? Kurang pengiktirafan terhadap profesion gurukah puncanya?
Yang pasti menangani arus perdana pendidikan hari ini bukan seperti 14 tahun dulu...Guru Pembina Negara Bangsa perlu dimartabatkan dengan sebaiknya... envioment pendidikan perlukan perubahan...bukan sekadar bermatlamatkan A dalam peperiksaan tetapi ruang untuk guru mendekatkan diri kepada seluruh tahap pelajar sama sama ada yang lemah mahupun yang pandai..dalam suasana yang lebih santai dan tidak menekan.
Ibu bapa usahlah burukkan guru dihadapan anak2...ada kesannya kepada persepsi mereka terhadap guru di sekolah..."Apa ni...bodoh ke cikgu awak ni?" selalu kedengaran...jangan sumpah guru nanti tak berkat ilmu anak. Jangan hanya mencari salah guru..marilah bersama-sama para guru membina sahsiah dan intelek  anak2 yang kian menjadi MANGSA . Guru-guru juga manusia biasa..tidak lepas berbuat salah..
Rakan-rakan guru kitalah pengerak kepada matlamat "Guru Pembina Negara Bangsa"..kita jualah yang berperanan menaikkan kembali  martabat profesion keguruan sebagaimana Munshi Abdullah dan Za'aba..

Selamat Hari Guru dan terima kasih kepada para guruku..dulu dan kini..

*Alfatihah buat rakan-rakan guru dan bekas guru yang telah kembali ke rahmatullah. Al..fatihah.

Thursday, May 13, 2010

Cinta Monyet

Semalam aku ambil kesempatan melayan borak beberapa murid tahun 5 kat sekolah..alangkah terkedu aku dalam hati bila 5 orang budak tu masing2 dah ada girlfriends..ada yg bergirlfriendkan senior lagi...pada aku ini signal bahaya..pelajar sekarang umur 11 tahun..akalnya macam budak umur 15 tahun zaman aku dulu...diaorang dah mula mendekatkan diri dengan maksiat..
"Kamu jangan buang masa bercinta2 masa kanak2 . Masa kamu masih jauh..masih panjang.....jangan bazirkan masa..tumpukan pada pelajaran...banyak lagi masa nak bercinta...,"nasihat ku macam seorang emak kepada anak yang baru nak mumayis..."Ala cikgu...kalau umur kami pendek..cam mana...langsung tak merasa bercinta.." balas seorang dari pelajar yang bapanya pegawai besar di pejabat pelajaran....

Ternganga jugak aku!

Monday, May 3, 2010

baju kurung dan lambang salib

Biasanya hujung minggu aku wajib ke KL...sama ada berduit atau sebaliknya...Tp dua tiga menjak ni aku galak beno ke bandar Temerloh..Asal cuti je ke temerloh...selak beli baju kurung n tudung ....tak sangka pulak belambak saiz aku kat temerloh...harga pulak jauh lebih murah dari KL..5 pasang sekali borong..siap  matching dengan tudung..lagi...kemarukkk sungguh...maklumlah baju2 lama dah ketat sebab "mengecikkk".
Semalam (Sabtu) aku ajak cik abe lagi ke bandar temerloh...nak beli baju..kul 5 petang dari rumah..kul 6.30 sampai le...padahal hari Ahad aku akan pergi lagi sebab kene ambil modul . Memandangkan hari dah nak maghrib...aku agak kelam kabut...nak cuba semua baju2 tu..suami pun dah lain macam..kelat je mukanya..malas memanjangkan cerita aku pun pilih 3 helai kurung pahang....semangat . Balik rumah aku pun cubalah baju2 tu...alangkah terkedunya aku..apa bila sepasang (kaler purple) dari 3 helai baju itu...terbentuk beberapa lambang salib dengan sangat jelas(warna putih.....sekali pandang pun boleh perasannn......tak taulah sama ada tidak sengaja atau satu strategi merosakkan akidah org melayu islam...apa yang jelas kalau aku pakai..sure jadi Kontrovesi....jelas sangat....malangnya rasa terkilan sepanjang malam membuatkan aku terlupa mengambil gambar baju itu untuk dinilai bersama....alahaiii...
Selepas selesai mengambil modul pengajian aku terus ke kedai baju semalam...dia tidak terkejut dengan kedatangan aku..maklumlah pelangan paling banyak borong baju dalam masa 2 minggu dia buka kedai tu...layanan VIP le...secara bersopan aku tunjukkan..baju kurung bercorak salib tu...dan dia terus faham tujuan kedatangan aku.."sori puan...u boleh tukar dengan yang lain.," katanya dengan senyuman. Tak tahulah aku sama ada dia baru perasan atau aku adalah orang yang sekian kalinya mengembalikan baju kurung pahang bercorak lambang salib itu....

Besarnya Pengaruh Penjajah...

Kelakar betul bila kawan di kelantan kata "bekwah" yang org kelantan faham sebagai kenduri kawin berasal dari perkataan mat saleh iaitu..Big Work....
Sebab malam tadi tak makan nasi...awal2 pagi perut terasa lapar...jadi pagi2 pergi le ke kantin sekolah...santap..mak aiiii....pagi2 dah ada nasik minyak...bedal je le...
Sambil makan aku pelawa rakan yang baru masuk ke kantin..."meh makan sekali..sedap hari ni"...
"Bukan piantan le nak makan nasik ...pagi lagi...kuih je lah.."
Dah lama aku tidak dengar perkataan piantan tu...biasanya org kampung aku guna perkataan tu...secara meluas . Tapi tahu tak piantan tu kata asalnya ialah..Prime Time...