Jauh di sudut hati...

Sesungguhnya kehidupan ini telah disusun oleh Allah SWT teramat indah..justeru segala sesuatu yang mendatangi kita dalam pahit dan manis adalah ujian yang akan mendekatkan kita kepada maha pencipta...Semoga kita berpanjangan dalam iman kepada Allah SWT. Amin

Wednesday, August 12, 2009

Takziah Dan Tahniah Buat Ros

Terperanjat aku dalam kegawatan H1N1 ni apabila cikin kata Ros kawan karibnya berada di hospital Lepih kerana baby yang dikandung selama 8 bulan 3 hari tidak bergerak dan disahkan doktor meninggal . Ros dah macam famili kami sementelah dia berjauhan dengan suami yang berada di Rompin . Puas dah minta tukar ... tapi tak ada kabel... tak dapat lah...
Buat Ros... sabar kerana Allah sentiasa memberikan apa yang paling baik bagi kita. Walaupun sedih... sebenarnya Allah sudah memberikan Ros tiket ke syurga melalui bayi itu. Itulah yang dikatakan tahziah dan tahniah. Semoga ikhtibar ini akan makin mendekatkan Ros kepada yang esa dan doa kami semoga tabah dan cepat sembuh. Patah tumbuh.. hilang berganti..walaupun yang tumbuh tak kan sama..terus berusaha..

Ikhtiar lawan H1N1

Status kes H1N1 di Pekan Raub dah makin parah... SM mMahmud dah ada kes... ramai dah lari balik rumah... hostel kosong.
Kat sekolah aku aktiviti koko macam biasa je ...... bingung aku..... asal PPD tak pikir .... budak dah ramai selesema... cikgu pun dah turut kena sebab persekitaran penuh virus... pejabat kesihatan dah tak menang tangan.... ke hulu ke hilir ...
PPD nak tunggu sampai ada murid mati kot... baru nak stop aktiviti.... Pagi tadi 18 orang demam 37.6...37.8.... semua cikgu dah kalut ... mask kat hospital dah abisss... farmasi pun dah abiss..... ada pun.... dah naik sampai rm 5... siut... ada kawan kata jika ada bra lama-lama ... recycle ... jadikan MASK. Logik le jugakkkk.... dapat yang renda2 pun lawak jugak... fesyen kala Virus...

Petua lawan H1N1 dari Thailand.

Air kelapa di tuang dalam mankuk dan biarkan selama 1-2 jam. kemudian minum sambil makan buah kurma... agak2 semangkuk kecik le...

Petang ni aku nak buat...
nak cari kelapa...nak cari kelapa...nak cari kelapa...nak..
Sok aku beri tau kesannya... kot cirit birit atau muntah2 plak kang korang sumpah akak plak!

Soalan cepu mas.....

H1N1 Vs B1N1 mana lebih lelaki lebih takut?
kak sekolah aku ramai yang takut dua-dua... sama naik takutnya...

Awas Geng Pukau Di Pekan Raub!


Terkedu jugak aku bila dengar kes seorang rakan di tempat kerja kena pukau sabtu lalu.
Menurut kakak yang aku panggil sebagai kak siah, dia baru keluar dari kedai foto apabila seorang lelaki Indon tersenyum dan merapatinya. " kak boleh saya pinjam KP? Saya menang loteri tapi tak ada KP nak tunaikan duit ni", umpannya. "Akak tak mahu duit haram", tegas kak siah sambil menarik tangan anaknya yang berusia 6 tahun cuba meninggalkan lelaki indon itu.
Tiba-tiba dua lelaki lain merapatinya dari sisi lain. "Pap!" seorang perempuan indon bertudung menepuk bahunya. "Ikut saja katanya", bisik wanita itu. Kak Siah dua beranak macam lembu dicucuk hidung . Kedua insan malang itu dibawa ke dalam kereta proton wira merah. Anak kak siah diberi air dan pisang... apa tujuan tak tau leh ... sihir kot! Kak Siah macam tak ada daya nak melawan bahkah menjerit pun tak terdaya melainkan melurutkan semua barang kemas yang ada. " Duit kat bank ada?" . "Ada" . "Di mana?" "BIMB", jawab kak siah...
kak siah hanya seorang buruh di tempat kerja aku... dua tahun dia kumpul duit tu.. ikut cadangan duit tu nak dibelikan Laptop buat anaknya yang belajar di Uitm... Semasa kak siah mengeluarkan duit di ATM BIMB anaknya dijadikan taruhan. Pisau dihunus diperut anaknya yang diam bisu bagai dipukau. Jika kak siah bertindak sendiri .. dia akan kehilangan anaknya... kak siah macam nak gila... tapi mulut dan langkah bagai terkunci . Selesai menyeluarkan RM 2000 kak siah dan anaknya dibawa melawat bandar Raub sebanyak 5 kali...petua pukau kot! kak siah yang kebingungan akhirnya diturunkan di tepi tandas awam pekan Raub. Terpinga2 macam orang terkejut dari tidur. Suaminya berada dalam kereta dari jauh melihat kak siah begitu pelik. kak siah tidak tahu apa yang dilaluinya tadi... trauma. Setelah diberi minum barulah dia mampu bercakap," tak ada dah barang saya... abih dah...."
"Awak ni kena pukau, siah", kak suaminya.
"pergi bank tadi?"
"Entah"
Setelah dipastikan.. sah RM 2000 dah lesap... dikebas cilakak indon ....
Mereka akhirnya membuat laporan polis. Patut le 24 jam ada road block ! Ingat budak serenti lari...
Menurut polis kes pukau ni dah lama... sebulan lepas seorang mak cik peniaga buah yang baru juai tanah RM 100 ribu... putih mata dikenakan geng pukau. Ini kes Ke-6!
Sasaran orang tua... wanita bawa anak kecil... dan wanita berseorangan....
Muka suspek dah belabak ditampal polis dikawasan tumpuan ramai... (kata polis le....aku tak pernah lak ternampak). Dan menurut kak siah yang amat cam akan penyangak tersebut.. sah geng yang sama...
Hisssss............. jadikanlah peringatan buat semua...Selain beringat2 jangan lupa bacalah ayat kursi setiap hari dan doa yang sewaktu dengannya untuk mengelak diri dari dipukau! Jika abih emas dan duit ringgit tak apa lah juga........ jika dibunuhnya kita. Tak pun di..rog.... pulak...
kus semangat... mintak Allah jauhhhhh kan dari kita, keluarga dan sahabat handai kita.