Jauh di sudut hati...

Sesungguhnya kehidupan ini telah disusun oleh Allah SWT teramat indah..justeru segala sesuatu yang mendatangi kita dalam pahit dan manis adalah ujian yang akan mendekatkan kita kepada maha pencipta...Semoga kita berpanjangan dalam iman kepada Allah SWT. Amin

Tuesday, June 23, 2009

Legakan stres

Lawak Jenaka
Siapa Diluar?Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit berat. Dia sedang terbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar. “Siapa di luar?” teriak orang tua itu dengan ketakutan. “Saya Malaikat Maut!”“Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!”
Diam Ketika MakanSebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.Anak : “Ayah, di…”Ayah : “Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!”Setelah selesai makan…Ayah : “Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?”Anak : “Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!”
Janda Yang DahagaDisini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kema tian suami…. Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kema tian suaminya akibat kema langan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kema tian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan kerana pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya… Walaupun…. hatinya berasasepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam … Rasa sepihatinya tiada siapa yang tahu… Pada satu malam, kira-kira pukul 2pagi…. beliau bangun dari katilnya… badannya terasa panas….tekaknya terasa haus…. beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliaubangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur.. sampai di dapur… beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk…. beliau tuang ke dalam cawan dan meminumya…Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula… Sekian terimakasih, itulah kisah seorang janda yang dahaga……….. Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer.Ha…haa…haaa….
Lupa jalan pulangJenny mempunyai masalah berat badan, lalu menemui doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Daripada pertemuan singkat itu dia dinasihatkan supaya berlari 16km sehari selama sebulan. Doktor Sin Chan juga memberi jaminan bahawa cara itu amat berkesan. Jenny mengikut nasihat yang diberikan. Selepas 30 hari mengamalkan, berat badannya turun sebanyak 10 kg. Dia terlalu gembira lalu menelifon Doktor Sin Chan. “Tapi sayer ader masalah besar nih….” katanyer. “Apa masalah awak?” DOKTOR bertanyer….. “Macam mana saya nak balik doktor,skang nie,….saya berada 480km dari umah……..
DipecatMajikan : Kamu di pecat!Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat…
Mr BrownSuatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.Penelefon : Hello, boleh saya hendak bercakap dengan Mr. Brown?Penerima : Oh, ini Mr. Black.Penelefon :Oops Sorry, wrong color!
Kesian Makcik nie…“Satu pagi di stesen keretapi… Ada satu makcik tu dia tanya Attenden kaunter.Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa??Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takde lah keretapi lalu sekarang kan… ? Terimakasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye…
Interview dalam English

Daud sedang di interview di sebuah syarikat :
Pegawai : Nama saudara siapa ?
Daud : “Daud…”
Pegawai : “Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!…
Daud : “Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di Perak.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis… Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Johor.. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..
Pegawai : “Apakan saudara boleh berbahasa ingeris ?
Daud : “Yes .. sir … “
Pegawai : “now tell me about your family in English !!… “
Daud : “Sorry sir .. i don’t have family in English … they’re all living in Malaysia”
Mana Satu

“Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.
“Maaf dik… tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?”
Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab… “ha’ah”
Pelancong itu tidak faham perkataan ‘ha’ah’.
Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan. . melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya…
“Maaf dik.. tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?”
Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, “Benar”
Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan ‘benar’.
Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya
“Maaf encik.. saya tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?”
Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, “Betul.”
Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya. . dia bertanya lagi..
“Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya ‘ha’ah’.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya ‘benar’. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab ‘betul’, tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?”
“Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab ‘ha’ah’ bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje… Kalau yang menjawab ‘benar’, orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab ‘betul’ itu pastinya orang itu ada sarjana,” jawab orang dewasa itu….
“Jadi.. Anda tadi menjawab ‘betul’, bererti snda seorang sarjana ya?” tanya Pelancong lagi..
Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, “ha’ah”


Salah Faham

Dollah saorang pemuda dari dusun mencari pekerjaan di-akhbar.Esokan nya dia pergi temuramah dan berjaya mendapat jawatan sabagai “Production Operator” di-sebuah kilang elektronik Amerika.Bos nya seorang mat salleh yang tak pandai berbahasa melayu.
Satelah dua hari bekerja, bos nya bangsa mat salleh bertanya pada Dollah dalam bahasa Inggeris, “Good morning Dollah! How do you find this job? ( Bos nya tanya bagaimana tentang kerja nya disitu)
Lalu Dollah menjawab “Oh I found this job in the news paper” ( Saya jumpa kerja ini dalam surat kabar )
Bos nya terpinga pinga jawapan dari Dollah.

Kisah Bonarrrrr

A True Story........

A man sat at a metro station in Washington DC and started to play the violin; it was a cold January morning. He played six Bach pieces for about 45 minutes. During that time, since it was rush hour, it was calculated that thousand of people went through the station, most of them on their way to work.Three minutes went by and a middle aged man noticed there was musician playing. He slowed his pace and stopped for a few seconds and then hurried up to meet his schedule.A minute later, the violinist received his first dollar tip: a woman threw the money in the till and without stopping continued to walk.A few minutes later, someone leaned against the wall to listen to him, but the man looked at his watch and started to walk again. Clearly he was late for work. The one who paid the most attention was a 3 year old boy. His mother tagged him along, hurried but the kid stopped to look at the violinist. Finally the mother pushed hard and the child continued to walk turning his head all the time. This action was repeated by several other children. All the parents, without exception, forced them to move on.In the 45 minutes the musician played, only 6 people stopped and stayed for a while. About 20 gave him money but continued to walk their normal pace. He collected $32. When he finished playing and silence took over, no one noticed it. No one applauded, nor was there any recognition. No one knew this but the violinist was Joshua Bell, one of the best musicians in the world. He played one of the most intricate pieces ever written, with a violin worth 3.5 million dollars.Two days before his playing in the subway, tickets for Joshua Bell's performance at a theater in Boston were sold out and the seats averaged $100.This is a real story. Joshua Bell playing incognito in the metro station was organized by the Washington Post as part of an social experiment about perception, taste and priorities of people. The outlines were: in a commonplace environment at an inappropriate hour: Do we perceive beauty? Do we stop to appreciate it? Do we recognize the talent in an unexpected context?One of the possible conclusions from this experience could be:If we do not have a moment to stop and listen to one of the best musicians in the world playing the best music ever written, how many other things are we missing ???...

Monday, June 22, 2009

Terima Kasih Tuhanku

Hari ini aku MC kerana diserang batuk dan selesema sejak Sabtu. Bukan H1N1. Banyak yang terbengkalai kerana 2 hari aku tidak sihat.. tidoq sahaja kerana kerap makan ubat batuk. Frust jugak bila fikir patutnya banyak assignment patut dah selesai 2 hari lepas. Tp fikirkan sakit itu pun satu anugerah Allah maka aku terima sahaja dengan redha sementelah pula aku memang penat sejak cuti sekolah lalu dengan tour ke Melaka, KL dan Kelantan. Jadi, aku dan dapat cukupkan jumlah hutang tidur aku yang dulu-dulu. Kira lunaslah.

Sambil rehat2 pagi isnin aku dikejutkan oleh call hsbnd. yang memberi tahu dia hampir terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori yang tiba2 pecah tayar hadapannya dari arah bertentangan dalam perjalanan membayar bil-bil di CIMB bank dan TM. Katanya, Lori itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan. Suamiku yang tidak dapat berbuat apa2 kerana pantasnya kejadian, hanya menunggu dilanggar sahaja sambil mengucapkan "innalillah......" dan mengucap kalimah sahadah sahaja. Itu yang termampu saat itu. Besarnya kuasa tuhan tiba-tiba lori tersebut kembali ke laluannya dan suamiku yang menunggu saat trajedi diselamatkan oleh ALLAH SWT dan hanya kesyukuran dapat kami luahkan. Sesungguhnya mungkin ada hikmah disebalik sesuatu peristiwa. Semoga peristiwa ini dapat merapat lagi hubungan diantara manusia dan penciptanya. Bacalah doa ketika hendak keluar dari rumah untuk menghindar kejadian tidak diingini- insyaalah selamat. Walaupun berpantang maut sebelum ajal...kepada suamiku yang gemar menggunakan HP dan sms ketika memandu ini adalah satu peringatan terbaik buatnya agar berhenti dari tabiat berbahaya itu.

Sunday, June 21, 2009

Hidup Tanpa Hempedu

Pada tahun 2004, aku telah disahkan mengalami masalah batu hempedu(gallstone). Sebelum itu aku kerap sakit senak dada dan pedih ulu hati yang mulanya aku sangka gastrik. Keraplah aku ke klinik untuk mendapatkan ubat gastrik. Ubat angin wajib dalam handbag aku ke mana saja aku pergi. 5 tahun aku sangka aku mengalami gastrik, sudah berbakul ubat gastrik aku telan, namun penyakitku mula melarat. Pada tahun 2003 aku sudah mula diserang pedih ulu hati pada lewat pagi diikuti muntah berbelas kali dan sakitnya hanya tuhan yang tahu. Suamiku yang melihatku hanya mampu menangis kerana tidak tahu bagaimana untuk membantu mengurangkan kesakitanku saat itu. Apabila sakit menyerang sama ada diawal pagi atau tengah malam, aku akan mendapatkan rawatan di hospital daerah yang berdekatan. Tiada susulan ke atas masalah yang ku alami. Apabila sakit mereka hanya memberikan aku ubat gastrik dan penahan sakit. Suatu hari setelah cuti sakit selama 2 hari, aku menghadiri mesyuarat di sekolah di mana aku bertugas. Tiba-tiba rakan-rakanku memberitahu mata aku kelihatan kuning. Aku terus merujuk kepada hospital. Setelah ujian darah doktor jangka aku mengalami demam kuning atau hepertitis. Memandangkan pengesahan melalui ujian darah hanya boleh diketahui selepas 3 hari, aku telah berjumpa dengan doktor di klinik swasta. Terkejut doktor Choo apabila mengetahui pihak hospital tidak menahan aku di wad. Hospital daerah aku amat terkenal dengan "kelembapan" service. Atas dasar kemanusiaan doktor Choo telah meminta aku segera ke klinik gestro di KL untuk mengesahkan penyakitku. Dr Choo mengjangka aku mengalami gallstone. Setelah xray dan scan dijalankan di klinik gestro, sah aku mengalami gallstone tahap kronik dan perlukan pembedahan segera. Keesokannya, aku kembali lagi ke hospital bersama laporan perubatan dari klinik pakar gestro agar aku dirujukkan segera ke hospital besar. Atas pertolongan seorang rakan di hospital, aku dirujukkan ke hospital Mentakab. Doktor memberitahu ada dua prosedur aku perlu jalani 1)keluarkan batu yang menyumbat salur hempedu bagi menyelesaikan masalah jondis yang aku alami 2) Membuang pundi hempedu yang telah rosak. Kedua2 prosedur tidak boleh dijalankan serentak. Sepanjang sebulan berulang-alik ke hospital mentakab aku selalu diserang sakit pedih ulu hati kadang2 makan berhari-hari aku menderita. Malang bagiku pada hari aku sepatutnya menjalani endoscopik, doktor dr hospital mentakab telah membatalkan prosedur kerana alat endoscopik tersebut rosak dan perlu dihantar keluar negara untuk diperbaiki. Tarikh baru akan diberi setelah alat tersebut diperbaiki. Alamat mati dululah aku! Menyesal betul aku menjadi seorang guru yang tidak layak mendapat rawatan panel dari hospital swasta. Aku semakin parah, doktor chow mengatakan jika aku lewat aku akan mengalami pankreatitis yang boleh membawa maut. Akhirnya, atas budi bicara Doktor KT Ng, dr klinik swasta yang amat bersimpati denganku telah menulis satu surat kepada rakannya di PPUM iaitu Prof KL Goh bagi mengambil kes aku dan aku diarahkan membawa surat tersebut kepada Prof KL Goh. Allah sentiasa memudahkan aku, aku ditahan selama 5 hari di PPUM bagi mengeluarkan batu yang menyumbat salur /duktus hempedu- berjaya membuang kuning (bilurubin) pada tubuhku dan 3 bulan kemudian menjalani pembedahan secara laparoskopik membuang pundi hempedu. Alhamdulillah, kini aku sihat walaupun tanpa hempedu. Aku juga sudah membeli insuran dan Medi Card untuk kemudahan rawatan di hospital swasta kerana aku amat "jeran" dengan layanan dan prosedur rawatan di hospital kerajaan .Di bawah ini aku attachkan maklumat berkenaan penyakit batu hempedu buat sesiapa sahaja yang membaca entri aku ini.

Dr. Abd. Hamid Mat Sain, Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan
Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang."Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar."Anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu di dalam tubuh anda," kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan itu.Seperti kebanyakan orang yang pernah menghidap penyakit batu karang hempedu, anda juga boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa sebarang simptom atau memerlukan rawatan perubatan.Jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.Simptom-simptom
Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen, kata Dr. Abd. Hamid."Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.Selalunya, rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan," jelasnya.Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya.
Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Tambah Dr. Abd. Hamid, ada ketikanya, batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas."Terdapat beberapa kes di mana ketulan batu karang mungkin tersumbat dan menyekat duktus, mengakibatkan komplikasi yang dikenali sebagai pankreatitis. Besar kemungkinan anda akan mengalami kesakitan dan demam disebabkan pembengkakan di kawasan tersebut. Jika tidak dirawat segera, ia boleh mengancam nyawa," katanya.Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk."Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu - sakit di bahagian abdomen, warna kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap, dan demam panas dan sejuk - sila dapatkan penjagaan kecemasan."Perlu juga diingatkan bahawa ada waktunya, anda akan mengalami jaundis dan perubahan pada warna air kencing dan najis tanpa kesakitan atau senak yang teruk. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda perasan perubahan warna itu," terang Dr. Abd. Hamid.Faktor-faktor RisikoBatu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:
Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.Jenis-jenis batu karang hempedu
Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.DiagnosisDr. Abd. Hamid memberitahu, kebanyakan batu karang hempedu lebih-lebih lagi yang tidak menunjukkan tanda-tanda atau simptom-simptom, dikesan sewaktu ujian dijalankan - termasuk ujian ultrasound atau imbasan tomografi berkomputer - yang dilakukan atas sebab-sebab lain."Jika anda mempunyai tanda-tanda atau simptom-simptom penyakit batu karang hempedu, doktor anda akan mengesyaki anda mempunyai penyakit tersebut berdasarkan latar belakang perubatan keluarga anda dan pemeriksaan fizikal."Sewaktu pemeriksaan tersebut, doktor anda akan memeriksa jaundis di kulit atau keputihan di mata anda dan abdomen anda akan diperiksa secara palpasi untuk melihat sama ada ia akan terasa sakit apabila disentuh."Jika doktor anda mengesyaki anda menghidapi penyakit batu karang hempedu, anda mungkin terpaksa melakukan ujian darah untuk memeriksa tanda-tanda jangkitan, tahap enzim pankreatik atau hati yang tidak normal, atau bilirubin yang berlebihan.RawatanDoktor-doktor sering kali menemui 'batu-batu senyap' ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat.Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.Pembedahan
Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.Bukan pembedahanBatu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan. Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:
Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.

Thursday, June 18, 2009

Bila Nak Naik Pelamin?



Al kisah aku kadang-kadang naik meluat tengok gelagat rakan sekerja lelaki kat tempat aku... ada yang pasang girlfriend... macam satu senario pulak! walhal dah ada anak dan isteri... Bukan nak menuduh...tapi mata aku ni yang nampak sendiri...takkan adik kot! sampai terlintuk kepala di bahu... pas tu bila nampak kita siap macam orang kena cucok "karan" ! Bukan jenis aku le nak porak-perandakan rumah tangga orang dengan jaja cerita... cuma sedih dan kasihan kat isteri dan anak2 depa je! Bayangkan jika isteri depa buat macam tu! poyo tak?
Kes guru kahwin dua  ni boleh tahan!... ada yang bercerai-berai dan ada yang terpaksa bermadu... Bila ditanya...mereka salahkan wanita yang melayan dan memberi ruang kepada mereka...bila fikir2 ada gak benarnya... sebab ramainya guru2 bujang berijazah kot..kepada adik2 KPLI , awal2 aku dah nasihatkan ... jangan beri ruang kat guru2 lelaki nakal kat sekolah.. jangan cari pasal...tapi dalam kes ni ada pulak guru2 perempuan  ni redha nikah dengan suami orang..almaklumlah dah stabil ekonomi dan compirm"lelaki". Tapi hanya segelintir sahaja berpendirian macam ni... yang lain ok.
kasihan jugak dengan adik2 KPLI  rata-rata umuq hujung 20an ni...bukan mereka memilih sangat tapi jodoh belum tiba! Tekanan ibu bapa dan orang sekeliling mereka, kadang membuatkan mereka terdesak....sehingga terjebak dengan cinta "si suami orang" malah kadang2 main "belasah" je...asal kahwin... jangan macam tu... fikir panjang... ini soal hidup bukan main "pondok-pondok" bosan2 boleh berhenti main.
Pengalaman lalu... aku pernah juga hampir2 terjebak dengan "cinta si suami orang". Memang aku akui...impaknya maksima...lelaki spesis ni memang expert dalam "menyentuh" hati wanita! Betul..Tapi aku bukan lah yang cepat kelabu mata dengan godaan. Walaupun lelaki yang pernah hadir dalam hati aku itu ikhlas dan jujur kepadaku, namun... aku tidak sanggup "terjun dalam api"..aku tidak sampai hati melukakan hati isteri dan anak2 nya yang ketika itu masih kecil.... itu cerita lama...dalam sejarah.. berkat kesabaran, Allah akhirnya temukan aku dengan lelaki yang lebih baik ..suamiku yg  manja dan lucu... I love U, always sayang! (Tapi jika kat belakang aku, dia pun nak cari yang lebih "slim" aku anggap.. takdir je le....tapi yang jelas, aku tidak rela "berkongsi" kasih . Titik.)

Kepada adinda2 ku yang masih mencari cinta sejati marilah hayati renungan dibawah buat sempadan pemikiran dan pertimbangan dalam hidup ini.

Renungan ini aku panjangkan dari idea dan fikiran "hambaAllah"...

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Sudah menjadi sunnatullah, setiap makhluk yang Allah jadikan itu hidup berpasangan-pasangan. Adam dijadikan berpasangan dengan Hawa, haiwan yang jantan berpasangan dengan yang betina, bunga jantan dengan bunga betina, demi untuk mengembang-biak keturunan masing-masing di muka bumi Allah ini. Allah swt berfirman yang bermaksud:Allah menjadikan isteri untukmu dari jenismu jua, dan kemudian dijadikannya dari isterimu itu anak atau cucu dan diberikannya kamu rezeki dari yang baik-baik." Firman Allah lagi, Dan berkembang-biaklah dari keduanya lelaki dan perempuan yang banyak sekali.Perempuan akan menderita jika masih belum berpasangan sedangkan usia sudah semakin lanjut. Apatah lagi jika menerima gelaran andartuâ atau anak dara tua. Mereka tidak rela menerima gelaran itu. Menurut laporan setakat ini seramai lebih kurang 600,000 wanita berusia antara 30 hingga 34 tahun yang masih belum berkahwin. Ini tidak termasuk wanita yang berstatus janda. Masalah andartu mesti diselesaikan segera kerana ia boleh menjejaskan kestabilan masyarakat dengan timbulnya masalah sosio-ekonomi. Tambahan pula, masalah andartu boleh menjerumuskan kaum wanita ke lembah maksiat. Sebenarnya, tidak ada perempuan yang sanggup digelar andartu. Masalah andartu bukanlah masalah peribadi bagi mereka yang terlibat sahaja, tetapi ia adalah masalah bersama. Ia adalah masalah masyarakat, masalah ummah. Kita mestilah mengkaji dan mencari langkah-langkah praktikal untuk mengatasinya. Tidak sewajarnya kita hanya menggelar, mengejek dan menghina, tetapi eloklah ditinjau akar-umbi masalah mereka sekaligus selesaikan masalah itu jika mampu. Terlalu banyak faktor yang menyebabkan wanita yang menjadi andartu. Antara golongan wanita yang tidak kahwin adalah perempuan-perempuan kota yang intelek dan mempunyai status yang tinggi. Golongan wanita intelektual ini telah ditempatkan pada kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Kadangkala sebagai boss dipejabat, pegawai eksekutif, peguam, doktor dan lain-lain jawatan yang dulunya dipegang oleh kaum lelaki. Walaupun pada zahirnya kelihatan mereka mempunyai banyak keistimewaan kerana kedudukan yang tinggi itu, tetapi hidup mereka sedikit demi sedikit mula terasing. Pergaulan mereka terbatas di kalangan orang-orang atasan sahaja. Wanita-wanita istimewa ini berharap mereka akan bertemu jodoh dengan lelaki golongan atasan juga. Malangnya ini tidak berlaku. Wanita yang berkedudukan tinggi selalunya mudah ditimpa penyakit ego dan suka memerintah. Keterbiasaan mereka memerintah orang orang bawahan memungkinkan mereka bersifat yang sama dengan suami. Ini yang menyebabkan lelaki takut untuk beristerikan wanita yang berkedudukan tinggi. Dan gadis-gadis kampung atau gadis-gadis bandar yang sederhana lebih menjadi idaman lelaki status tinggi. Wanita yang berprofesion menyayangi kerjayanya lebih daripada untuk mendirikan rumahtangga. Mereka takut terkongkong, terbantut kareer. bagi mereka, kononnya beban kerja lebih ringan daripada bebanan rumahtangga. Protokol kerja dan protokol belajar juga menyekat wanita dari berkahwin di usia muda. Contohnya, seorang paramugari yang berumahtangga tidak dibenarkan bekerja di atas kapalterbang. maklumlah, selepas kahwin badan sudah hilang potongannya, mengandung pula, hendak fikir anak dan suami. Oleh itu, kerana wanita sekarang suka pekerjaan yang mencabar, mereka lebih suka menangguhkan perkahwinan hingga lewat usia. Masalah andartu juga kadang-kadang berpunca dari sikap ibu bapa. Ada ibu bapa yang bersikap memandang bulu dalam soal memilih menantu ini. mereka rela anak dara mereka terperap di rumah dari bersuamikan lelaki yang tidak sama darjat dan keturunan serta berjawatan tinggi. Kononnya takut status jatuh atau takut anak teraniaya. Kadang-kadang sikap memilih bulu ini datang daripada orang perempuan sendiri. Mereka menjadi terlalu pemilih disebabkan sikap kebanyakan kaum lelaki yang ada pada hari ini. Kehidupan seharian orang lelakimoden yang suka berpoya-poya, curang, akhlak buruk, tidak bertanggungjawab, menyebabkan kaum wanita berfikir beratus-ratus kali sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Apakah bakal suaminya itu setia? Apakah dia bertanggungjawab? Apakah dia penyayang? Keraguan-keraguan ini akhirnya mendorong wanita bersikap pesimis atau tawar hati untuk berkahwin. Sukar hendak cari lelaki bertanggungjawab lebih-lebih lagi yang kuat beragama zaman ini. Justeru itulah wanita sanggup bergelar andartu daripada tersilap pilih, agar tidak menyesal di kemudian hari. Cuma yang kita takuti, pilih punya pilih terpilih punggung cawan! Ada juga wanita yang tidak mahu berkahwin kerana pernah melalui satu peristiwa pahit dalam hidupnya,yang menyebabkan dia serik untuk menempuh alam rumahtangga. kisah cerai-berai, pertengkaran dan penganiayaan dalam rumahtangga yang terjadi di sekitar hidup mereka selalunya menimbulkan kesan yang sangat mendalam dalam jiwa kaum wanita, hingga boleh menyebabkan dia tawar hati untuk berkahwin. Dan ada juga yang tidak mahu kahwin kerana putus cinta (frust). Yang belajar dengan pinjaman dan biasiswa terikat pula dengan protokol perjanjian belajar. Mereka tidak boleh kahwin selagi belum tamat belajar. Masalah ini melibatkan pelajar-pelajar yang belajar di luar negeri. Sedangkan dalam masa yang sama, pengaruh-pengaruh negatif, lucah dan merangsang nafsu terpaksa mereka hadapi. Cara hidup barat yang lepas bebas mencabar sifat fitrah manusia yang inginkan perkahwinan. tapi apakan daya pintu perkahwinan secara halal dan terhormat disekat. Oleh itu, sebagai jalan keluar, ada yang sanggup bersekedudukan, berzina, semata-mata untuk melayan nafsu. kalau ikut hukum Islam, mereka yang tidak mampu melawan nafsu seks wajib berumahtangga jika dikhuatiriakan terlibat dengan zina dan pergaulan bebas. tetapi, perkahwinan yang halal dilarang, buat maksiat tidak apa.Hadis Nabi saw yang bermaksud: Tidak ada suatu dosa di sisi Allah sesudah syirik yang lebih besar daripada seorang laki-laki yang menumpahkan maninya ke dalam rahim (perempuan) yang tidak halal baginya.Seperkara lagi yang menggalakkan pertambahan bilangan andartu dalam masyarakat hari ini adalah belanja kahwin yang tinggi. belanja kahwin ini turun naik macam turun naiknya harga barang. Apakah nilai anak perempuan sanggup kita samakan dengan harga barang? Kalau harga getah, kelapa sawit, koko naik, belanja kahwin juga turut naik. Apakah nilai perkahwinan itu sudah jadi seperti jual beli barang? Belanja kahwin seorang perempuan yang berpelajaran tinggi misalnya meningkat menjadi RM8,000.00. kalau yang kerja kampung RM4,000.00. Ada ibu bapa yang menuntut begitu. Kalau yang berjawatan dan bergaji besar, lagi tinggilah hantaranya? Ini semua menghalang wanita daripada kahwin cepat. Persoalan andartu ini sebenarnya adalah salah satu faktor yang menyebabkan perkembangan maksiat dalam masyarakat. Iaitu akibat dari menyusah-nyusahkan perkahwinan yang halal. Bila saluran yang halal disisi Allah swt disekat, timbulah berbagai-bagai krisis dalam masyarakat dan menggalakkan perkara-perkara yang mendorong pelepasan nafsu seks secara haram. Kalau semua pihak ikut panduan syariat Islam, tidak dicampur budaya Melayu yang bidaah, perkahwinan akan jadi mudah. Tidak akan timbul jalan belakang untuk menyelesaikan runtunan hawa nafsu yang tidak dapat tidak mesti ada dalam diri manusia. Hanya manusia yang beriman sahaja dapat menyalurkan nafsunya secara yang diredhai Allah, selamat, bahagia, dunia dan akhirat. Tanpa iman, jalan-jalan yang haram akan terus ditempuh, akan lahirlah anak-anak zina yang merosakkan salasilah keturunan. Hubungan keturunan dan pertalian darah sudah tidak suci lagi. Sebab itu generasi yang lahir susah untuk dididik dan dilembutkan hatinya untuk menerima kebenaran. Begitulah tenatnya masalah andartu ini jika tidak cuba diselesaikan atau cuba diselesaikan tetapi tidak mengikut kaedah yang ditetapkan oleh Allah swt. namun, masih ada pihak-pihak yang menganggap masalah andartu ini remeh-temeh dan tidak perlu diambil perhatian berat. Kalau sebut bab poligami kita cepat melenting. Pada hakikat sebenarnya ia boleh menggugat kestabilan negara. Bila masyarakat rosak, keselamatan akan tergugat dan ini akan menyebabkan pelaburan asing berkurangan, kedudukan ekonomi tergugat. Tetapi yangpaling penting adalah kutukan Allah swt. Sabda Rasulullah saw: Wanita adalah tiang negara, bila ia baik, baiklah negara. Dan bila ia rosak, maka rosak pula negara.Justeru itu, penyelesaian yang utama untuk menyelesaikan masalah andartu ini adalah denganmengatur perkahwinan mengikut syariat tanpa menyusahkan mana-mana pihak. Sabda Nabi Besar saw yang diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim: Hai golongan pemuda, barangsiapa di antara kamu telah sanggup kahwin maka kahwinlah, kerana berkahwin itu lebih menundukkan mata dan lebih memelihara faraj.Kalau ikut syarat, perkahwinan ini terlalu mudah untuk dilaksanakan. yang penting lima rukun nikah dipenuhi iaitu:
1. Pengantin perempuan
2. Pengantin lelaki
3. Wali,
4. Saksi
5. Ijab dan kabul.
Mas kahwin bukannya rukun nikah. Ia boleh berbentuk cincin seperti yang pernah dilakukan di zaman Rasulullah. Sabda Rasulullah saw: Carilah mas kahwin walau hanya cincin besi.Belanja kawin pula boleh dirundingkan. Sepatutnya kenduri kahwin hendaklah dibuat atas dasar kemampuan bukan untuk bermegah-megah. Perkahwinan boleh diatur dengan berbagai cara yang tepat dan cepat. Ia boleh diatur oleh badan khas sesuai dengan keistemewaan pasangan tersebut. Contohnya, kalau individu itu seorang guru kemungkinan bakal isterinya juga seorang guru. Kayu ukur dalam seluruh tindakan dan membuat keputusan ialah syariat, bermula daripada memilih jodoh, peminangan, majlis pernikahan, kenduri kendara dan seterusnya. Perkahwinan dalam Islam boleh dilaksanakan dengan berbagai bagai cara dalam usaha menyelesaikan masalahandartu antaranya: Melalui persetujuan ibu bapa kedua belah pihak. Peminangan pihak lelaki dengan pihak perempuan. Pinangan pihak perempuan terhadap lelaki. Menganjurkan perkahwinan antara bangsa dengan tujuan menyebarkan ajaran Islam. Mempercepatkan perkahwinan bagi mereka yang telah layak dan mampu. Merendahkan belanja perkahwinan dan elakkan perkara-perkara yang menyusahkan dan membazir. Menggalakkan poligami memandangkan bilangan perempuan melebihi bilangan lelaki. Jangan pihakwanita melenting tau. Semua jalan-jalan perkahwinan yang disebutkan di atas boleh diatur sama ada perkahwinan monogami atau poligami. Bila matlamat perkahwinan kita jelas kerana Allah semata-mata, maka poligami atau monogami tidak jadi masalah. Firman Allah swt yang bermaksud: Hai manusia! Patuhlah kepada Tuhanmu, yang menjadikankamu dari diri yang satu (jenis) dan menjadikan isterinya dari jenisnya (bangsanya) sendiri, dan kemudian Tuhan memperkembang-biakkan dari keduanya, laki-laki dan perempuan yang banyak.Di zaman teknologi moden sekarang ini, ada yangmenggunakan mesin komputer untuk mengatur perkahwinan. Apakah manusia sudah tidak punya hati, akal dan perasaan hingga terpaksa menyerahkan keputusan dan pilihan teman hidupnya kepada komputer yang tidak berakal? mana pertimbangan agama dan Iman? Oleh itu kembalilah kepada Islam dalam urusan perkahwinan ini. Mudah dan senang. Didikan agama dari kecil adalah penting. Dan apabila tiba masa yang ia telah layak berkahwin, bekalan ilmu, iman dan rezekinya telah tersedia. Ia mampu menjadi isteri atau suami yang baik di sudut rohani dan jasmani sebaik sahaja meningkat dewasa. Dan detik itu tidak boleh disia-siakan melainkan mesti dipergunakan. kahwinkan mereka segera! Dengan didikan agama itu juga dapat melindungi dirikita dari tergelincir ke lembah dosa. Tidak akan timbul lagi masalah andartu. Dan jika berlaku juga, itu merupakan ujian sementara sebelum Allah berikan jodoh yang sesuai, dan terimalah ianya. Oleh itu, masalah andartu ini boleh diselesaikan bila manusia kembali kepada agama. Barulah hati akan mengaku kelebihan berkahwin yang dapat menyelesaikan banyak penyakit masyarakat yang berpunca dari nafsu syahwat. maka, selamatlah diri, terpelihara agama dan bersihlah masyarakat. Jika dari awal lagi kita mengikut syariat Islam, dengan mempelajari ilmu agama, menutup aurat, menjaga akhlak, Insya Allah jodoh akan datang dengan cepat dan pasti membawa berkat!

Tuesday, June 16, 2009

Bulan Yang Sibuk


Hujung Mei - Hujung Ogos merupakan bulan sibuk bagi aku.. Kelas OUM sem Mei dah mula...assignment payah bebeno... ada pulak orang tempah hantaran kahwin n bertunang -lanang.... tak tau macam mana nak mula....harap semuanya lancar .
Apa yang jelas sepi le blog aku ni sesebulan dua ni...
Kepada rakan yang berjaya menyambung pengajian peringkat ijazah pertama dan sarjana, Tahniah.


Cinta buta atau manusia buta menilai cinta

Mei - Jun, jadual hujung minggu aku dipenuhi dengan undangan perkahwinan rakan dan bekas pelajar. Tahniah kepada pasangan2 ini kerana berani dan jujur terhadap cinta . Ini adalah gambar pasangan bisu yang merupakan bekas pelajarku, Rizam dan pasangannya Izzatul. Semoga berbahagia.

Dan terkini pada 11/06 anak saudara sepupu di Kelantan, Fatin dan suami - Tahniah. Semoga kesemuanya berkekalan bahagia hingga keanak cucu .

Ada pendapat mengatakan kahwinlah lelaki/wanita yang cintakan kita sepenuh hati berbanding yang kita cintai sepenuh hati... (sejauhmana kesahihannya?)

Ada juga beranggapan jika kita memilih lelaki yang kita cintai, maka kita akan rela dan sabar dengan "keperitan" perkahwinan itu berbanding lelaki yang kurang kita cintai kerana sedikit kesilapannya akan "menyakitkan" dan "melukakan" jiwa dan akhirnya mamancarkan kebencian melalui tindakan dan perlakuan. Benarkah?


Apa itu Cinta...
Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.
Sifat CintaCinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak DilahirkanRasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta BersediaBila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu IndahWalaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap BalasanCinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu MenaklukiSifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untukdirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu MengetahuiPada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patutdicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu HidupCinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihatcinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu SuciSebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu MempesonaCinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel danbersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.


I. PERSIAPAN MENCAPAI KELUARGA BAHAGIA.......
Allah Yang Maha Kuasa, dengan IradahNya diciptakan manusia dari satu jiwa, kemudian diciptakan pula pasangannya supaya bersemi ketenangan, kesenangan dan kedamaian.
Allah melimpahkan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya ke lubuk jiwa manusia dengan perasaan cinta serta melimpahkan rasa kasih sayang sebagai landasan kebahagiaan keluarga dalam sebuah rumahtangga. Allah berfirman (Surah Ar-Rum : 21), yang bermaksud;
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantara mu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, beerti sepanjang hayat menanggung penyesalan. Sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia. Adalah tidak adil rasanya dunia ini, jika pilihan hanya dibolehkan untuk kaum lelaki.

A. Memilih pasangan hidup.
Dalam kehidupan bermasyarakat, perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.
Dalam kehidupan bermasyarakat, seringkali kita dengar ungkapan; jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat mendidik manusia dengan sifat qana'ah (bersyukur dengan apa yang ada) tetapi, ujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa sebarang usaha.
Beberapa pendapat tentang jodoh:
1. Jodoh merupakan takdir semata "Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti menerima jodohnya, baik ataupun buruk"
Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat tersebut hanya bermaksud : "Jodoh di tangan tuhan maka ada kebenarannya. Tetapi ayat yang seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar. Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya pendapat itu ialah seringkali menyalahkan Tuhan bila berlaku kegagalan. Seringkali kita dengar, "Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang." Daripada pendapat itu, adakah Tuhan bersalah memutuskan perhubungan hambanya? Hakikat sebenarnya, siapa yang memutuskannya.
2. Jodoh merupakan takdir dan perlu mencari. "Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh. "Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :
1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.
2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.
Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.
Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.
Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.
Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:
i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil iii. Pasangan ideal dalam erti; - bersikap baik terhadap isteri - dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat - menerima kekurangan dan kelemahan isteri - dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu - dapat menjaga kewibawaan isteri - dapat membimbing isteri ke jalan yang baik - dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak v. Pasangan yang baik zahir dan batin
B. Sikap lelaki dan wanita yang diredai Allah
Islam menyuruh umatnya bekerjasama membina umat yang luhur. Cara yang paling utama ialah membina keluarga yang utuh. Oleh itu perkahwinan memang dituntut di dalam Islam kerana dari perkahwinan boleh melahirkan kebaikan-kebaikan dengan berlandaskan ajaran Islam.
C. Suami yang diingini wanita
Keseluruhannya, suami yang diingini oleh setiap wanita ialah lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.
D. Persediaan diri untuk berkahwin
1. Umur yang cukup dewasa Kedewasaan bermaksud: - dewasa fizikal - dewasa intelektual, bersifat objektif terhadap diri sendiri. Ia mengakui kekurangannya, berkeinginan memeriksa motif tindakannya sendiri. - dewasa emosi, tahu mengawal diri ketika marah dan sebagainya - dewasa sosial, mempunyai hubungan kekeluargaan yang harmoni, mampu menyesuaikan diri dengan masyarakat di mana ia berada. - dewasa moral, memahami hal orang lain dan selalu mempertimbangkan akibat perbuatannya terhadap orang lain.
Ringkasnya, umur yang sebaiknya bagi lelaki ialah antara 25 - 30 tahun dan bagi wanita ialah antara 20 - 25 tahun. Penentuan umur ini sebenarnya banyak bergantung kepada iklim dan adat istiadat sesuatu tempat.
2. Bekal menyara hidup
3. Mempunyai pengetahuan berumahtangga. Pengetahuan berumahtangga dianggap mudah oleh lelaki sehingga ilmu-ilmu itu biasanya tidak dipelajari. Ini hanya disedari apabila telah berumahtangga. Di saat ini barulah diketahui banyak masalah yang perlu dihadapi.
4. Sihat jasmani dan rohani. Perkahwinan adalah percampuran lahiriah dan batiniah lelaki dan perempuan. Oleh itu keadaan kesihatan jasmani dan rohani amat diperlukan.

NB:
Kepada yang bakal bertunang.. buktikanlah anda tidak salah dalam menilai cinta. Kepada Mak dan abah tahniah kerana berjaya mempertahankan usia perkahwinan selama 38 tahun walaupun keduanya banyak berlaga personaliti.. namun kami anak2 menyaksikan kesabaran dan usaha mereka dalam memenang hati satu sama lain. Apa yang jelas kedua mereka mempunyai persamaan terhadap usaha2 berbudi kepada tanah.

Rahsia Allah kepada manusia


Syukur alhamdulillah.. Allah SWT mengizinkan aku hidup sehingga 37 tahun pd 30/05 yang lalu. Aku sentiasa berdoa agar Allah panjangkan umurku.. jika itu baik bagiku dan sebaliknya.... tatkala aku meraikan ulangtahun aku dikejutkan oleh berita kembalinya rakan2 dan saudara-mara pada usia yang masih muda..alfatihah..(semua orang islam). Sesungguhnya ajal itu sesaat tak lewat dan sesaat jua tak cepat. Sesungguhnya itu adalah rahsia yang Allah sorok dari pengetahuan manusia kerana ...

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah karena sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S.”
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah karena terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahwa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.”
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun coba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan: “Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut coba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini karena kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjamaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majelis-majelis ilmu.”
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut coba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata : ”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini karena telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”
Akhir sekali malaikat maut coba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis karena takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:”Roh itu menuju ketujuh tempat :Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”Telah bersabda Rasullullah S.A.W : Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :Orang-orang yang mati syahid.Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.Orang berpuasa di hari Arafah.


Tanda-Tanda Menjelang Ajal
Tanda 100 Hari Sebelum Meninggal:
Ini adalah tanda pertama dari Tuhan kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka yang dikehendakinya. Semua orang akan mendapat tanda ini, hanya saja banyak yang tidak menyadarinya.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Ashar, seluruh tubuh yaitu dari ujung rambut hingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar….Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik di hati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat.Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari Sebelum Meninggal:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Ashar, bagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung dan linglung seketika…Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 Hari Sebelum Meninggal:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesaktian dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan…
Tanda 3 Hari Sebelum Meninggal:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi…Telinganya akan layu, bagian ujungnya akan berangsur-angsur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakan.
Tanda 1 Hari Sebelum Meninggal:
Akan berlaku sesudah Ashar ketika kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ashar keesokan harinya….
Tanda Akhir Hidup:
Akan terjadi keadaan bahwa kita akan merasakan sejuk di bagian pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bagian Halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada-Nya yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
NB :
Semoga pemahaman ini akan semakin mendekatkan kita kepada ALLAH SWT.

Tuesday, June 9, 2009

Alahai Bahasa Melayu

Kisah 1:
Angkatkan martabat Bahasa Melayu
Muhammad Bukhori Alias Dec 7,

Usaha mendaulatkan Bahasa Melayu di segenap lapangan merupakan tindakan murni yang bukan sahaja menepati semangat undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembangan Persekutuan yang memperuntukan kedudukan istimewa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di dalam perkara 152. Usaha ini harus dilihat sebagai satu jihad untuk menguat dan mengekalkan identiti serta jati diri bangsa dan negara Malaysia. Keputusan yang diambil oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk menukar istilah-istilah asing yang digunakan pada nama jalan dan tempat di Putrajaya harus diberikan pujian serta wajib untuk dilaksanakan. Sebagai sebuah negara berdaulat dan mengiktiraf peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kita tentu hairan apabila istilah-istilah asing seperti “Presint, Boulevard dan Parcel” digunakan secara meluas di Putrajaya. Apakah dengan menggunakan istilah-istilah sedemikian maka ia akan membantu perkembangan serta kemajuan pemerintahan negara? Sudah tentu tidak, malah ia menyumbang kepada dua kesan iaitu kekeliruan minda dan kerendahan jiwa. Ia menyumbang kepada kekeliruan minda melalui persoalan apakah tidak ada langsung istilah-istilah ataupun nama-nama di dalam bahasa kebangsaan yang boleh digunakan untuk dijadikan nama jalan dan tempat di negara kita. Ia menyumbang kepada kerendahan jiwa apabila kita secara terbuka menyokong dan berbangga terhadap penggunaan istilah-istilah asing lebih daripada istilah dalam bahasa kebangsaan sendiri. Hal sedemikian bukan sahaja berlaku di Putrajaya malah turut berlaku di segenap pelusuk negara dan adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk menyatakan keperihatinan terhadap perkara ini. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sebagai wadah generasi muda menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat swasta yang diberikan mandat di dalam menyelenggarakan sesebuah penempatan supaya peka dan lebih bertanggungjawab mendaulatkan bahasa kebangsaan di dalam memberi nama jalan dan tempat di dalam kawasan seliaan mereka. Usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk menggunakan nama-nama pemimpin nasional, bunga dan peristiwa perjuangan negara merupakan satu langkah bijak yang harus dilaksanakan dan dicontohi bagi mendidik serta menanam jati diri bangsa. Kurangnya keperihatinan serta kesedaran sivik kebanyakan anak muda sekarang terhadap pelbagai isu-isu yang berlaku termasuk isu kedaulatan bahasa kebangsaan adalah suatu yang membimbangkan. Sikap acuh tidak acuh dan malu untuk bertutur di dalam bahasa kebangsaan semakin ketara kepada generasi muda pada hari ini. Hal yang dibangkitkan oleh Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Wong Kam Hoong mengenai kemerosotan bahasa Melayu dari segi penguasaan dan penggunaanya perlu dinilai dan diberikan perhatian serius. PKPIM yakin dan percaya untuk terus mengekalkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, adalah tidak cukup sekadar diajurkan program-program bagi memperkasakan penggunaan bahasa Melayu di peringkat kementerian dan jabatan sahaja malah ia perlu mengakar ke segenap lapisan masyarakat terutamanya di institusi-institusi pendidikan. Kempen dan gerakan massa untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan perlu dijalankan dan wajar mendapat perhatian semua pihak. Jikalau budaya berbudi bahasa dijadikan kempen, maka sudah tentu kempen mendaulatkan bahasa Melayu juga harus dijalankan kerana salah satu budaya orang Malaysia adalah bertutur serta berbangga dengan bahasa kebangsaan. Kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka serta gabungan badan bukan kerajaan harus dijalankan bagi melihat bahasa kebangsaan terus didaulatkan dan tidak ditelan arus pemodenan. Mungkin ramai generasi muda hari ini tidak mengetahui bahasa Melayu merupakan bahasa kelima terbesar di dunia dan menjadi antara bahasa berpengaruh yang berperanan di dalam penyebaran agama Islam, selain bahasa Arab, Parsi, dan Urdu. Adalah menjadi harapan kita semua di dalam kita menuju wawasan negara maju pada tahun 2020, kedaulatan bahasa kebangsaan terus utuh terpelihara.
Penulis adalah setiausaha agung, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Kisah 2:

Lokasi Zoo Melaka 2/6/2009

Anak Si Melayu: Mama harimau!
Ibu Si Melayu : Itu tiger..
Anak Si Melayu : Mama..tu monyet..
Ibu Si Melayu : Monkey..(kelihatan kurang senang apabila anaknya menjeritkan nama haiwan dalam Melayu).

Tiada salahnya mengajar anak mempelajari bahasa kedua cuma aku kesal kerana ibu itu berasa malu kerana anaknya menggunakan bahasa melayu. Adakah itu hanya sikap peribadi atau pandangan komuniti ? Orang melayu harus berbangga dengan bahasa dan bangsanya barulah orang lain dapat meresapi aura ketinggian bahasa melayu itu. Jangan sampai mat bangla dan mat afrika lebih baik keupayaan berbahasa melayu berbanding kita ! Aku pun berminat dengan bahasa inggeris tapi dalam masa yang sama aku amat memandang tinggi bahasa ibundaku. Tertarik dengan kenyataan "Gibran Agi" dalam satu rancangan tv. (Beliau amat fasih berbahasa inggeris tetapi dalam masa yang sama amat cintakan bahasa ibunda) Antara pandangannya, istilah "Bahasa Melayu" lebih wajar berbanding "Bahasa Malaysia" kerana Bahasa Inggeris walaupun dituturkan di Kanada atau di Australia tetap sebagai bahasa inggeris bukan bahasa kanada atau Australia.
Kita kadang-kadang terlalu pragmatis ... dengan sesuatu dasar sehingga mengabaikan kemampuan bahasa sendiri. Lihatlah nasib tulisan jawi... hilang ditelan pembangunan... itukah yang kita mahu ?

Wednesday, June 3, 2009

Alahai....Melako






1 -2 Jun lalu aku, suami , adik-adik dan anak-anak buah pergi ke Melaka. Banyak coretan yang ingin aku kongsi bersama cuma sekarang agak sibuk. Assignment berlabak . Ada masa aku akan postkan gambar2 aku dan famili diruangan ini.