Jauh di sudut hati...

Sesungguhnya kehidupan ini telah disusun oleh Allah SWT teramat indah..justeru segala sesuatu yang mendatangi kita dalam pahit dan manis adalah ujian yang akan mendekatkan kita kepada maha pencipta...Semoga kita berpanjangan dalam iman kepada Allah SWT. Amin

Friday, May 29, 2009

Alahai...lelaki...

Tahniah yang pedih!

Sudah setahun suamiku merahsiakan perkara ini dari ku. Jika aku tidak menyebut nama rakan baiknya yang kami panggil "adik besar" sudah tentu aku tidak tahu siapa yang "tidur disisinya kini" .
Rupa-rupanya dia sudah bercerai dengan isterinya yang ku kenal dulu dengan nama Ju. Dia dimataku seorang wanita lemah - lembut dan pendiam. Kata suamiku mereka berpisah secara aman. Isunya "ANAK".
Bukan isterinya tidak pernah hamil.. malah puluhan kali tetapi gugur... "si suami yang yakin tidak mandul " amat inginkan keturunan.. isteri mana yang tidak rasa bersalah.. dalam situasi begini. Lambat laun isteri jauh hati dek kerana seringnya suami menyatakan sedih dan ralatnaya selama 12 tahun kawin tapi belum bercahaya mata ! Langkah terbaik isteri meminta jalan berpisah kerana dia juga tidak cukup tabah untuk menerima wanita lain sebagai madu! Ikan di laut, asam di darat dalam belanga bertemu juga-
Si suami akhirnya bertemu jodoh kembali dengan rakan sekolah yang baru berstatus janda dengan 2 anak. Si janda anak 2 pun dikahwini dan dapatlah dia seorang anak lelaki dari perkahwinan baru itu ..puaslah hati. Bekas isteri masih sendiri kerana amat "sedar" keterbatasan diri. Buat adik besar , Tahniahlah kerana doa siang malam mendapat zuriat termakhbul walaupun dengan wanita tidak terbayang sebelum ini. Buat ju, Tahniah kerana keberanian,ketabahan dan kecekalanmu memilih jalan ini. Semoga bertemu bahagia di dunia dan akhirat.

Cerita 2

Rakanku ini ku panggil kak ros. Kak ros dan suami sudah 17 tahun berkahwin. Puas mereka berubat, akhirnya terbukti suaminya MANDUL. Kak ros tidak berhajat bercerai kerana cintakan suami. Mereka akhirnya mengambil anak angkat . Mereka bahagia .

Seorang lagi rakan ku namanya Ila, dia telah berkahwin selama 7 tahun.. setelah melalui rutin ke hospital yang kekadang mengaibkannya... doktor membuktikan suaminya MANDUL jugak! Dia pula teramat normal. Seperti kak ros, ila pasrah dengan takdir. Dia sayangkan suaminya kerana bercinta dari zaman persekolahan. Mereka juga mengambil anak angkat. Mereka nampak bahagia.

Lagi.. Nina teman sekolejku, telah 6 tahun berkahwin. Sekali pun tidak pernah dia mengandung atau keguguran melainkan period je.. Mak mertua punyalah angin kerana nina dikatakan MANDUL... Di nasihatkan anak jantannya "cari isteri baru" takut tidak berketurunan.... Nina dah makin jarang berhari raya di kampung suami...sakit hati dan telinga dengan karenah emak mertua.. suaminya diam sahaja, malah tak kisah jika nina liat pulang ke kampungnya kerana rasa dia rasa bersalah apa bila doktor mengesahkan dia sebenarnya MANDUL JUGAKKKK... Kasihan si Nina, kak Ros dan Ila kerana mereka wanita yang baik dan sabar...tidak pula mereka minta cerai kerana nak kan zuriatttt...

Alahai.. lelaki jika wanitalah yang MANDUL ... bermadu atau berpisahlah pilihannya !

Itu bukan kehendak kami.. tapi kami redha dan yakin dengan janji Allah ...

Aku bersyukur kerana suamiku amat memahami, malah dia juga amat positif atas keadaan kami yang masih belum dikurniakan zuriat.
Sesekali tidak pernah dia menyalahkan aku kerana dia yakin Allah sentiasa memberikan apa yang paling baik bagi hambanya. Terima Kasih suamiku. Semoga jodoh dan kebahagiaan kami berkekalan dalam usia perkahwinan menjelang 10 tahun.

Thursday, May 28, 2009

Erti kesabaran...

Sebuah Catatan Perjalanan .....

27 Mei 2009 (Rabu)
Dah hampir sebulan aku dan famili menunggu tarikh ini. Tarikh Konvo ijazah pertama adik bongsu kami..Kujit di UiTM Shah Alam. Mak dan abah dah dibelikan baju baru.. De dah belikan mereka baju batik biar kembang hati mak dan abah hari tu.
Semalam selepas sekolah famili bertolak ke Klang. Mengapa Klang ? Semua hotel di Shah Alam Fully book so Kujit book hotel nearby uitm . Aku dan suami agak lewat so kami pergi sendirian ke Klang. Biasalah setiap hari Rabu adalah nightmare bagiku kerana selepas sekolah wajib hadir mesyuarat mingguan bersama pentadbir...that why aku tak boleh ikut konvoi.
Hari hujan sepanjang jalan. Nak baca signboard pun kena lekapkan muka kat cermin kereta!Klang!Klang... kali terakhir pergi Klang 28-30 tahun dulu..BETUL! Dulu Klang sinonim dengan gagak, tapi pagi tadi hanya seko gagak je aku nampak.. tak tau leh jika yang lain tengah gosok gigi atau belum bangun tido!
Kelakar betul masa aku n suami drive ke Klang kami dah menyasar hingga Pelabuhan Utara (kira-kira 9 km dari bandar klang).. pelik je semua kontena. kami ketawa besar bila comfirm salah arah.. tak apa cari balik jalan balik ke pusat bandar.. wow sepanjang jalan dari port ke bandar aku lihat banyak restoran seafood ..yammmm... aku memang kaki makannn..pas ni . On the way ke pusat bandar aku lihat pasaraya Carrefour.. tak pe pas ni aku nak plan ke carrefour cari baju utk hari konvo sok....coz aku x bawa baju untuk sok..Pukui 8 tibalah aku dan suami yang kepenatan ke Prescott hotel Klang..aku hanya bayangkan katil untuk "tumbang" kejap. Memandangkan adik2 aku si de n si kuin pun tak ada baju nak pakai hari sok , kami nak pegi carrefour carikk baju! Yeaaaaa....Jam 8.45 kami keluar nak gi carrefour. mak n abah rehat je kat hotel. We all g dengan 2 kereta. De minta aku lead. Ok aku dan suami lead leee... pusing-pusing tang tu jugak... jalan jem gila..de tertinggal di belakang.. terpisah... aku dan suami pulak main bedal je ... alih2 sampai kat little india, klang.. 2 kali pusing pulak tu.. suami kata nak stop tak kat little india.. "U nak i beli sari ke, sayang?" Suami gelak besar. Keluar dari little india tu entah ke mana pulak kami redah... signboard dah tak berguna dalam gelap malam tu.. nak cari jalan Kapar terlepas ke Pengkalan Batu...mak aii jam dah 9.45.. Carrefour dah nak tutup! baju esok cam ne...nak menangis pun tak guna.. aku yang "begok" padahal suami dah kata " Aik, tak bawak baju ke?"
"Tak pe, beli kat klang je, tak payah beratkan beg!"..Nasib de, kujit,ngah dan kuin jumpa The Store Klang kat Plaza PK (rasanya). Saiz baju pulak, kocik2 aku ni cap jumbo!
(masa yang sama) Aku dan suami masih "menikmati panorama malam" yang indah tanpa dirancang di bandar Klang. Adik2 aku shopping "last minit" kat the store. Aku nekad jika tak jumpe baju kenelah aku pakai baju yang sedang aku pakai ni..untuk konvo yang aku tunggu sejak sebulan! paling best baju tu aku pakai dari sekolah pagi tadi... masam gilo..
" Ha, ha... ni dia jalan kapar... " jerit suami tetiba. Aku tak ada nafsu untuk mendengar dan memandangnya kerana membayangkan esok aku kena pakai baju hijauku yang dah naik masam ke UiTM!

"Tu..tu...tengok, sign Carrefour"

"Buka lagi kot?" katanya. Aku tambah seballlll..... "Dah jam 10.15 . Bangla tukang tolak troli pun dah balik tido". "Aik, kita pulak yang salah!"Tenang... tenang.. jangan hangatkan suasana.
Wow... aku nampak restrn.seafood yang aku nampak on the way dari port utara tadi. My mood dan turn cool...perut dah lapau! Suami ku tak salah. Bukan dia mahu ronda2 bodoooo... malam buta kat bandar yang dia pun tak pernah pergi. DAMAI. "Jom makan kat Papa Seafood". Tambah selera apabila de dan win berjaya belikan diri kami baju untuk esok. Alhamdulillah. Kembali bersemangat! termasuk semangat makan..bill time... RM 52 je.. murahnye.. padahal siap tapau lagi ! kalau di tempat aku, maunye RM 70..
Balik dari makan aku dan suami tidok gila..penat ronda2 klang alang-alang dah tak mai 30 tahun!
28 Mei 2009 (Khamis)
******************************UJIAN LAGI**************************************
Pagi esoknya aku bangkit jam 6 untuk solat dan pas tu nak iron baju suami dan baju baru aku.. Prescott hotel ni baguih depa bubuh iron kat setiap bilik siap dgn iron board lagi.. baru dua minit gosok lengan baju batik suami.. PUPPPP... black out pulak ! iron tu rosak kot! meraba2 cari hndset nak tekan "0" call operator hotel. 6 minit kemudian baru ok. Nasib! Room service pulak lewat hantar iron so aku terpaksa turun ke tingkat 1 dari tingkat 4 pinjam iron kuin yang kebetulan bawa iron sendiri.
Mujurle Prescott tu 5 minit je dari UiTM. Selesai satu bab.
Jam 8.30 aku dan suami tiba di UiTM. Baguihnye pengurusan kenderaan ibubapa/tetamu istiadat konvo di situ. Pengurusan parking aku bagi A. Tetamu tidak dibenarkan bawa kenderaan menuju ke dewan utama . Bas disediakan untuk membawa graduasi dan keluarga dengan lancar, pergi dan balik. Tiada kesesakan langsung.
Istiadat berjalan lancar . Kujit, mak dan abah dah masuk ke dalam dewan seri budiman . Tentu kembang dan berbunga hati kedua orang tua melihat anaknya dipanggil nama di dalam kalangan ribuan orang...Benar kata pr.chansellor Dato' Wira Abd Rahman Arshad.. dalam ucapannya " Seorang ibu, hari ini menguntum senyum bangga dan syukur tetapi bukan pada wajah seorang bapa... dia tidak senyum. Tetapi.. hatinya tersenyum bangga dan syukur tidak terhinggga kerana anaknya berjaya dan dia masih diizinkan tuhan menyaksikannya". Itulah juga perasaan yang pasti bagi kedua orang tua ku. Tahniah buat Adindaku kerana berkat kesabaran dan kesungguhan dan doa ibu bapa, akhirnya allah izinkan kamu berjaya .
Tersentuh sekali ketika MC majlis graduasi umumkan seorang graduan telah dijemput Ilahi sebelum sempat menerima segulung diploma.. arwah terlibat dalam kemalangan yg meragut nyawanya di tempat kejadian. Itulah nyawa .. siapa pun tidak tahu bila masanya apa yang pasti ia sesaat tak cepat , sesaat tak lewat ... ia pasti datang tanpa di undang. Sudah bersediakah kita..?
Oooiii kujit sakan le coz sarat dengan bunga2 dari akak2nya. Ngah pun sanggup habih duit belikan dia teddy bear .. aku lak belanjakan RM 70 untuk rose tu.. biar adil.. semua adik2 yang konvo dapat peruntukan bunga sebanyak tu...ehhhh dapat hadiah istimewa dari "si dia". Dik... Tie merah tu over lah.. sebatu dah nampak! Kini 3 anak2 abah dan mak dah dapat degree, aku pulak dah tua2 ni baru dapat hidayah nak belajar semula... Bila abah tanya bila aku konvo.. sedihlah pulak... 2011, wahh ... semoga aku di izinkan allah tiba ke majlis gilang-gemilang itu, abah dan mak masih dapat bersama2 menyaksikan bukti keazaman aku pada hari tersebut...Insyallah.
Sebelum balik kami singgah di Bukit Sentosa ... "melengkapkan misi "de n win!Kahhhh..kahhhh Buat kuin pertanyamu siang tadi mengganggu emosiku..kerana ... aku sayangkan kamu justeru aku tidak mahu kamu berfikir dengan nafsu lalu tersilap langkah .Berfikirlah dengan iman dan akal. Buat kujit.. sekali lagi tahniah. Jadilah insan yang beriman kerana iman akan mendorong akal dan tindakanmu ke jalan yang betul dan benar. Buat Mak dan Abah tahniah kerana pengoorbanan dalam memanusiakan kami dan menjadikan kami insan yang "tahu diri" . Sesungguhnya aku berbangga dan bersyukur kerana lahir dalam keluarga ini. Buat suamiku selamat Ulang Tahun pada 3/6/2009 ini. Tahniah kerana berani dan sabar memperisterikan aku yang "moodnya susah diramal" . Luv u forever.






Saturday, May 23, 2009

Selangkah ke Alam Mistik

Dulu aku hanya tahu tentang "harimau jadian" dari filem Waris Jari Hantu dan kisah seram Siri Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis. Sejauh mana kebenarannya aku pun tak pasti. Sejak suamiku melibatkan diri dalam dunia perubatan islam (Darul Sifa') aku banyak terdedah tentang dunia mistik atau alam jin. Aku baca buku-bukunya, kadang-kadang aku turut serta melihat proses rawatan dijalankan. Menarik dan seram......................................macam tak percaya pun ada tapi itulah kebenarannya... Allah SWT maha berkuasa menciptakan jin dan manusia.
Aku ada seorang kawan, S... namanya . Dia memang terkenal "lemah semangat" . Jika pergi "champing" malam pertama or malam last sure dia kena rasuk atau pengsan... dah biasa..Satu hari aku cuba bertanya sejarah hidupnya kerana menurut suamiku biasanya orang begitu mungkin pernah melalui keadaan kritikal /sakit disihir pada masa dahulu sehingga rohani dan jasmaninya menjadi "lemah" . Beruntung sekali kerana dia tidak kedekut berkongsi cerita.. Dan daripada dialah aku mengetahui banyak tentang dunia mistik kerana dia merupakan seseorang yang diizinkan ALLAH SWT melihat alam Jin. Justeru itulah dia kerap terkejut, dirasuk dan pengsan. Menurutnya jin sebenarnya tahu apabila seseorang itu boleh melihatnya... dan wajahnya MASAALLAH....menakutkan. Pernah dia melihat jin yang ramai di kawasan pasar pagi (pekan sehari) dan tempat kesukaannya ialah kawasan kotor dan busuk - tempat menjual ikan, ayam dan daging. So, apabila keluar rumah dahulukan dangan doa mohon perlindungan daripada gangguan jin dan manusia yang berniat jahat. Kita tidak boleh menafikan kewujudan jin tambahan pula jumlah mereka sebenarnya sangattttttttttttt banyak berbanding kita.

Terbaru, suatu malam suami dikejutkan oleh panggilan telefon daripada suami S meminta suami ku datang ke rumahnya kerana keadaan S yang begitu lemah (sakit seluruh tubuh) dan ketakutan sejak 2 hari lalu... tepat jam 11 malam suami dan seorang lagi perawat Darul shifa' tiba ... menurut suaminya , S melihat harimau di dalam rumahnya.... dia ketakutan... malah paling mendebarkan apabila seisi rumah terkedu mendengar S mendengus2.. dan akhirnya mengaum seperti harimau!...mujur suaminya dan anak-anak tidak panik. Maka suami ku dipanggil untuk membantu...Semasa dirawat dengan ayat-ayat shifa' (penyembuhan) dari ayat2 alquraan, S bertindak balas seperti perlakuan Harimau dan akhirnya berjaya dilemahkan lalu pengsan keletihan..... S akhirnnya sedar dengan sendiri . Sebaik bangun dia terus meraba muka dan tubuhnya kerana berasa ditumbuhi bulu dan taring... setelah dirawat dan diminta mandi dengan air yang telah didoakan dia mula sedar sepenuhnya tetapi masih lemah....

(akan disambung....Dendam Ibu Saudara Waris Saka Harimau)

Bab 2

Keesokan harinya, ketika ditempat kerja aku dikejutkan oleh sapaan S. "Ingat tak datang?Dengar tak sihat, ya ke ? "
"Mailah duduk sat..nak cerita sikit" katanya. Aku dengan pantas menarik kerusi untuknya dan untuk ku sendiri. S memandang kiri dan kanan .Mungkin tidak selesa jika perkara ini diketahui oleh rakan-rakan yang lain.
"Dah seminggu kak tak sihat badan"
"Saya perasan jugak. Kak nanpak letih dan lesu je... Apa cerita sebenarnya?" Aku memancing cerita. Sebelum ini S pernah menceritakan latar belakang kesihatannya kepada aku. Jadi aku boleh agak perkaitan ceritanya nanti.
"Ingat tak kak pernah beritahu nak hadir majlis kawin sepupu di Negeri Sembilan?" Aku mengangguk perlahan.
"Nak jadi cerita bila semua saudara mara berkumpul dimajlis kenduri tu ..mak penakan (ibu saudara) kak pun ada sama. Kak dan keluarga memang tak mau jumpa depa sekeluarga tapi depa beiya-iya nak jumpa . Nak minta maaf atas perkara lama".
Aku biarkan dia terus bercerita.
"Kak cuba mengelak dari berjumpa dengan dia tapi ini mungkin takdir tuhan nak uji akak sekali lagi. Malam lebih kurang jam 10, mak penakan akak datang ke rumah tumpangan kak dengan anak-anaknya".
Aku bulatkan mata. S memandang kekiri dan kanan, nak pastikan orang lain tidak tumpang dengar perbualan kami.
Menurut S, ibu saudaranya menerpa dan memeluknya sambil menangis. Dia meminta maaf dari S dan keluarga kerana dialah orang yang pernah menyihir S bertahun lamanya sehingga S kurus kering. Akibat sihir itu, S sakit tenat. Terdapat banyak jarum di dalam badannya.. kadang-kala dapat dilihat oleh siapa sahaja jarum itu berjalan di bawah kulitnya dan kat kala itulah S akan meraung kesakitan dan adakalanya pengsan kerna tidak mampu menahan keperitan. S akhirnya mendapatkan rawatan daripada salah seorang perawat Darul Shifa' di Semenyih, Selangor. Hj Dollah namanya.. berbotol-botol jarum dikeluarkan dari badan S . Pernah S berak darah....keluar kaca dari duburnya... darah tidak berhenti-henti . S terpaksa menerima jahitan, akibat luka terkoyak diduburnya. Azabnya. Semasa sakit S kerap berpelakuan seperti harimau.. dan dalam keadaan sedar dia dapat merasakan ada harimau disekelilingnya. S kerap berada dalam stres dan ketakutan. Namun dalam keadaan yang sakit dan terpaksa bertongkat S berjaya juga menghabiskan pengajiannya di institusi perguruan di penang. Mujur para pensyarah amat memahami dan sudi membantunya dengan nota dan kelas tambahan kerana S kerap tidak hadir. Jika hadir pun dia mengharapkan rakan dan pengajar membantu pergerakannya. Setelah dua tahun sakit tenat, S beransur pulih. Dia dan keluarga kerap ke Semenyih untuk rawatan cara islam. S akhirnya pulih, tetapi semangatnya (aura) amat lemah. Dia tidak boleh terkejut dan stres kerana keadaan itu akan menyebabkan dia sakit dan lemah. S juga kadang-kadang di izinkan allah melihat alam jin sehingga kerap pengsan dan kerasukan . Begitulah S hingga kini. Cuma S sudah dapat mengawal ketakutan itu dengan peningkatan iman melalui amal zikir dan amalan doa. Setelah 15 tahun, S yang kini sudah berkeluarga kembali diganggu bayangan harimau. Aku sendiri pernah bertanya apakah status harimau tersebut kepada suami ku. Katanya harimau jadian adalah jin yang dipelihara atas tujuan tertentu secara warisan... dan amalan itu berdosa kerana boleh membawa kepada amalan syirik.
Sebenarnya keluarga aku sendiri pernah dikaitkan dengan harimau jadian..tapi dalam tahun-tahun 1950-60an...menurut keluarga ia diperoleh dari keturunanku yang berasal dari tanah Rawa atau Rao...sumatera. Syukur kerana moyangku sedar kesan amalan tersebut dan membuang ilmu tersebut dari keturunannya. Selamat.
Bebalik kepada kisah kawanku S, neneknya adalah pewaris ilmu harimau jadian.. semasa kecil S pernah melihatnya. Neneknya yang makin tua kemudian terlantar sakit berbulan-bulan sehingga keluar ulat sebesar ibu jari dari lubang di pinggangnya. Tubuhnya akhirnya menyusut kering dangan mulut ternganga dan mata terperosok ke dalam tulang mata.. tapi dia masih bernyawa dan makannya kuat sekali. Ketika itulah harimaunya mencari waris agar neneknya boleh "pergi". Menurut S, hanya anak perempuan layak menjadi waris harimau jadian dan S kebetulan anak perempuan tunggal yang amat layak mengantikan neneknya. Ibu dan bapa S amat melarang neneknya dari menyerahkan cincin permata kuning itu kepada S sebagai pengiktirafan pemilik harimau suruhan. Akibat keengganan itu, neneknya tidak boleh "pergi" dengan aman. Akhirnya, ibu saudara S yang dipanggil mak ngah membawa neneknya ke rumahnya di Perak. Selang dua hari, neneknya meninggal dunia. Nampaknya harimau jadain telah menemui tuan baru.
Mak ngah S amat berharap agar S menjadi "warisnya" kerana dia tidak ingin memberikan ilmu saka harimau ini kepada anak perempuan tunggalnya. Dia tidak sanggup anak perempuannya itu menerima azab ketika hendak mati nanti. Maka biarlah S menanggungnya sebagai balasan keengganan keluarga S menerima ilmu harimau jadian dari arwah neneknya dulu. Penolakan itu akhirnya membuahkan dendam yang teramat sangat diantara dua keluarga sementelah adik beradik S semua berjaya dalam pelajaran dan berjawatan tinggi. Keadaaan ini ditambah lagi oleh peristiwa penolakan keluarga S di atas usaha mak ngahnya untuk menyatukan keluarga dengan menyunting S sebagai menantu . Idea "lucu" itu di tolak mentah-mentah oleh S dan keluarga. Bukan kerana tak setaraf tapi S telah menganggap sepupu2nya bagai adik beradik sendiri. Tetapi tidak kepada mak ngah kerana ini satu "penghinaan" kepadanya. Itulah titik tolak perhubungan retak keluarga S dengan keluarga mak ngahnya yang penuh dendam kesumat.
Sejak 15 tahun hubungan yang retak. itu .. mak ngahnya muncul kembali lalu mencarinya di rumah tumpangan itu dengan tangisan, ratapan hiba agar S memaafkannya dan berharap S menerimanya kembali . Melihat keikhlasan itu, S yang berhati luhur membalas pelukan dan menerima mak ngahnya dengan hati yang ikhlas.
Akhirnya, majlis perkahwinan itu bukan sahaja menyatukan dua hati yang berkasih tetapi menyatukan juga hubungan keluarga yang telah retak bertahun lamanya. Walaupun ramai yang meragui tindakan mak ngahnya yang terkenal kuat berdengki di dalam kalangan keluarga, S dan keluarga cuba berfikiran positif.
Seminggu sejak pulang dari majlis perkahwinan di Seremban itu, S mula merasakan perubahan pada badannya.. dia mula sakit-sakit badan dan tidurnya diganggu oleh bayangan harimau yang merenungnya dengan garang. Dua tiga hari berikutnya S mula mendengar ngauman harimau di luar rumahya.. kemudian maghrib petang selasa itu melihat harimau kini dalam rumahnya dan S sudah naik histeria.....sehinggalah suamiku dan rakannya dipanggil membantu memulihkan S yang tadinya mengaum seperti harimau di hadapan suami dan anak-anaknya..jari tangan mengokot seperti harimau, mulut dibuka luas seolah -olah menunjukkan taring... dan anak-anak kini menjerit ketakutan. Mujur suaminya sudah biasa melihatnya kerasukan, pantas menghubungi suamiku.
Menurut S dalam perjumpaannya dengan aku pagi tadi , ibu saudara nya jelas tidak ikhlas dalam pemohonan maafnya. Dia masih berdendam dengan S dan keluarga.
"Hang terima mak ngah dak ? " yang diulang-ulang oleh mak ngahnya sebenarnya "terima" bersyarat . Balasan pelukan S dan menerima kemaafan mak ngahnya rupanya membawa erti dia menerima harimau jadian keturunannya secara tanpa sedar.
menurut S malam selepas S dirawat oleh suamiku dan rakannya, S bermimpi jelmaan harimau saka itu memarahinya,
" Hang bodoh..hang dah kata hang terima aku..awat hang bawak orang buat sakit aku.."
S pun tidak pasti apakah itu hanya sekadar mimpi ekoran psikologinya yang tertekan atau....
Apa yang pasti S kembali mendapatkan rawatan dari Hj Dollah yang pernah merawatnya 15 tahun dulu. S kini makin sihat. Aku sudah kerap mendengar dia ketawa seperti dulu. Tetapi kadang-kadang tatkala S keletihan kerana tugasan melayan anak-anak murid yang rencam karenahnya , aku melihat S mencungap-cungap seperti ......harimau yang keletihan dengan mata yang tajam dam muka yang kembang dan ini agak meresahkan aku ....
Kepada S, ini satu ujian tuhan.. marilah kita bersama-sama mempertingkatkan keimanan supaya kita tidak tersesat dari jalannya. Kepada yang membaca, mahu percaya atau tidak terpulangkah.. namun jin, syaitan dan iblis itu wujud di dalam kalangan manusia. Kita manusia dilarang bersahabat dengan mereka kerana ia akan mendatangkan syirik kepada Allah SWT. Dan tiada tempat disyurga bagi orang-orang yang menyekutukan Allah, melainkan ia bertaubat dengan taubat nasuha. SEKIAN.

Thursday, May 21, 2009

Dunia ku...

Pejam celik-pejam celik dah masuk 13 tahun aku menjadi guru...


Sudah ramai anak murid yang berjaya ke Menara Gading dan ada juga yang dah bersanding ....
sedihnya ada juga yang kecundang di tengah jalan.
Paling seronok bagi seorang guru biasa seperti aku apabila anak murid jadi rakan sejawat ....woooo... cepatnya masa berlalu. Cikgu bangga melihat kalian berjaya!

Terkenang masa mula-mula mengajar dulu, tiada murid dan ibu bapa yang "serang" sekolah walaupun anaknya makan penampar kerana tak siap kerja sekolah. Sebab itulah anak2 mereka jadi "orang" berkat doa ibu bapa dan guru. Murid sekarang pantang jentik! baru jegil mata dia dah "phone" mak bapak! Cikgu jadi meluat... murid jadi mua! Apa cerita!
Murid sekarang 8x ganda tak macam murid 10 tahun dulu... murid sekarang suka bercakap apabila dilarang dan senyap apabila disuruh bercakap. Kawal murid hari ini lebih payah daripada kawal sekandang kerbau..(peribahasa je) sampaikan ada guru menangis dengan kedegilan murid-murid di kelas, tambahan pula nak pakai psikologi bukan rotanlogi...
Bosan dengan karenah murid aliran perdana aku "convert" ke dunia pendidikan Khas bermasalah pendengaran... menarik dan mencabar.. inilah dunia baruku sejak 5 tahun lepas...












Tuesday, May 19, 2009

MPPM - Julai 1994-1996

Kenangan 15 tahun lalu masih segar dalam kenangan...
Shimah, Zana, Ibbah, Yong, Reha...Kak Ma, adalah antara kenangan terindah dalam hidupku.
Mengenang kalian membuatkan aku menangis kerinduan. Begitu banyak suka dan duka kita lalui sepanjang bersama di dalam dakapan MPPM. Aku tetap bangga menjadi zuriat MPPM sebagaimana aku berbangga menjadi teman kalian.
Bumi Melaka masih bagai negeri kelahiran bagiku. setaip
tahun aku pasti kembali menatap negeri kecil yang membentuk aku menjadi insan yang kini menjadi inspirasi kepada yang lain..
Kenangan berkongsi duit RM 1 bersama Shimah untuk membeli roti "babu" yang setia setiap senja menunggu kami .... masih segar rasanya. Apalah ertinya seringgit kini!
Dulu seringgit setiap hari itulah kami kongsi beli maggi atau roti buat penahan mood "stay up" di tengah malam.
Masih tidak kulupakan selepas isyak kami pasti berebut2 mencari public phone . Ada yang rindukan kekasih tapi aku, shimah dan zana rindukan mak, abah dan adik-adik.
Walaupun banyak cerita hantu yang dikaitkan dengan pokok besar di tepi public phone itu... namun tak dapat mengekang naluri pelatih ketika itu... maklumlah maktab tiada lelaki.... telefon tulah jadi penawarnya......
Masih aku ingat pernah kita berkongsi tangis dibawah pokok besar itu apabila ada antara ahli keluarga berada dalam kedukaan. Kadang-kadang kita bergossip tentang pensyarah dan pelatih....hantu pokok tu sure pening .... syukurlah sepanjang di MPPM tidak pernah terserempak dengan unsur-unsur "keseraman" cuma aku yang rajin jadi hantu...
Paling lucu bila teringat bab "menyakat" ni! Simah dan Zana kerap jadi mangsa aku! Ingat lagi di toilet blok A yang banyak benar rumos serammmm....
Sampai sekarang sebenarnya aku masih seronok dengan hobi menyakat orang tu.......... aku masih seperti aku yang dulu.. wajahku masih tersenyum seperti selalu walaupun hati kecil ku terluka...
MPPM mengajar aku agar tidak takut berdepan risiko..dan setiap kekusutan boleh diuraikan dengan usaha dan kesabaran.
Syukur dalam 15 tahun ini kita tidak pernah melupakan satu sama lain. Telepon menjadi pengubat rinduku kepada kalian...suara kita masih sama walaupun kita kini bergelar isteri dan ibu dan saiz badan pun dah macam gajah! Aku amat rindukan kalian... Shimah, Zana, Ibah dan Kak Ani .
Ahhhh...............geng-geng rumah Pak Akup aku rindukan kalian...
Bulan lepas aku ke Melaka, lalu di hadapan rumah Pak Akub ... sedih dan pilu kerana kalian tiada di sana. Pak Akub dan tiada. Menantunya, Yong adalah kawan kita.. entah di mana..Yong aku masih dapat mendengar tawa lucu mu dan lorat perakmu yang kerap jadi ikutanku...ahhhh aku jadi tambah rindu..
Bumi Melaka dan MPPM banyak berubah... namun aku masih hafal lorong-lorong kecilnya... tempat jatuh lagi dikenang....
Zana..takziah kerana pemergian bapamu dan tahniah kerana kelahiran puteramu! Shimah sabarlah dengan karenah putera dan puteri kecilmu.. saat kamu marahkan anak2 itu kenangkan aku yang masih belum diizin ALLAH SWT menjadi wanita sempurna. Bersyukurlah kerana hidupmu meriah dengan kaletah mereka......
MPPM kini IPPMM ... namun matlamatnya sama... melatih guru-guru perempuan melayu yang cemerlang dan berkualiti. Terima Kasih wahai pensyarah2 tersayang kerana sentuhanmu aku berjaya.

Salam sayang...


Erti disebalik usia.


Benarkah ada yang mengatakan usia sekadar angka... apa yang penting perasaan dan minda yang positif! Mengarut.... Pada usia yang akan bertambah pada hujung mei ini aku dapat merasakan kualiti fizikal yang menurun.. kadar metabolisme nampaknya dah 'kohor' merosot... kerja pula bertimbun2... nak bersenam jauh sekali... so selamat datang wahai penyakit...jadi umur bukan sekadar angka tetapi satu skala kepada biologi manusia. Ibarat buah yang muda.. masak ...dan akan busuk dan gugur akhirnya.. Tepati bukan itu yang ALLAH SWT mahu kita faham tentang usia.. melainkan usia yang berkat dan bermanfaat sebagai insan bernama manusia.