Terperanjat aku dalam kegawatan H1N1 ni apabila cikin kata Ros kawan karibnya berada di hospital Lepih kerana baby yang dikandung selama 8 bulan 3 hari tidak bergerak dan disahkan doktor meninggal . Ros dah macam famili kami sementelah dia berjauhan dengan suami yang berada di Rompin . Puas dah minta tukar ... tapi tak ada kabel... tak dapat lah...Buat Ros... sabar kerana Allah sentiasa memberikan apa yang paling baik bagi kita. Walaupun sedih... sebenarnya Allah sudah memberikan Ros tiket ke syurga melalui bayi itu. Itulah yang dikatakan tahziah dan tahniah. Semoga ikhtibar ini akan makin mendekatkan Ros kepada yang esa dan doa kami semoga tabah dan cepat sembuh. Patah tumbuh.. hilang berganti..walaupun yang tumbuh tak kan sama..terus berusaha..
